Artikel
Kks Pdrm Sebagai Pelopor Pembentukan Kualiti Keseimbangan Kerjaya Dan Sosial Ydh Dato Sri Khalid
'Pada dasarnya, Kelab Kebajikan Dan Sukan Polis Diraja Malaysia (KKS PDRM) adalah sangat bertepatan daripada perspektif falsafah dan praktikalnya. KKS ditubuhk...
Cheras, 25 Mei 2011 - "Pada dasarnya, Kelab Kebajikan Dan Sukan Polis Diraja Malaysia (KKS PDRM) adalah sangat bertepatan daripada perspektif falsafah dan praktikalnya. KKS ditubuhkan bagi menyahut seruan kerajaan di dalam melahirkan masyarakat yang bersatu, prihatin dan sihat melalui aktiviti sosial, kebajikan dan sukan di kalangan kakitangan agensi kerajaan, dengan peruntukan atau sumbangan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Ini membuktikan kesungguhan dan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan seluruh warga penjawat awam di negara ini, termasuklah kepada kita warga PDRM," ujar YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara sempena Mesyuarat Agong Kelab Kebajikan Dan Sukan Polis Diraja Malaysia (KKS PDRM), Kali Ke 4 tahun 2011.
Beliau juga ada menyebut pepatah inggeris yang lama, "all work and no play makes Jack a dull boy". Dalam erti kata lain, kehidupan ini mestilah mempunyai keseimbangan. Malah, dalam Islam dituntut untuk mengimbangi antara, ibadah, kerja, rehat dan riadah. Jika pincang satu daripada keseimbangan ini, maka pincanglah juga kita daripada segi kesejahteraan hidup itu sendiri.
Tambah beliau lagi, jika seseorang pekerja hanya diharapkan untuk bekerja tanpa mengambil kira aspek kebajikan dan sosial, maka dalam masa singkat, organisasi tersebut akan terjerumus ke dalam fenomena "fatigue syndrome" yang akan pula diterjemahkan dalam prestasi menurun (downward performance) organisasi tersebut. Jika ini berlanjutan organisasi tersebut akan hilang relevansinya dan tidak mampu mencapai hasrat dan objektif seperti yang telah ditetapkan.
Menyedari pentingnya hal-hal kebajikan dan sosial maka seluruh warga PDRM perlu memberi inisiatif-inisiatif yang telah digarapkan ke arah kemantapan peranan sosial dan sukan dalam PDRM. Sebagai contoh yang baik adalah Program Gaya Hidup Sihat PDRM yang telah dilancarkan, yang selaras dengan objektif KKS, secara keseluruhannya.
Melalui KKS PDRM ini dapat juga kita menjalin hubungan silaturahim yang erat di kalangan warga PDRM iaitu melalui aktiviti kebajikan dan sukan yang dianjurkan kelab ini. Hasil dari aktiviti tersebut dananya dapat juga disalurkan terus kepada kontinjen, formasi dan briged PDRM. Contohnya, tahun 2010, KKS telah membelanjakan sebanyak RM 2,158,285.00 bagi membantu Persatuan-persatuan Polis dan Pegawai Awam termasuk juga Majlis-majlis Perayaan untuk warga PDRM.
Beliau juga mengharap baki tabung RM 2,606,781.00 digunakan dengan sebaiknya untuk perbelanjaan yang mendatangkan manfaat yang berganda kepada seluruh ahli KKS dan jangan pula mengambil jalan pintas atau mudah dengan meminta bantuan dari pihak luar iaitu dengan memohon apa-apa sumbangan atau mengutip derma untuk tujuan pengumpulan dana.
Akhir kata beliau menaruh harapan yang tinggi kapada Ahli Jawatankuasa yang baru dilantik agar dapat melaksanakan objektif dan tanggungjawab dengan penuh amanah serta komitmen yang tinggi agar hasrat pasukan ke arah menjadikan PDRM sebuah agensi yang berintegriti dan terbilang di dunia pada suatu hari nanti menjadi kenyataan.
Turut hadir di majlis tersebut, YDH CP Dato' Robiah binti Abdul Ghani, Pengarah Pengurusan PDRM, merangkap Pengerusi Kelab Kebajikan Dan Sukan PDRM, YDH Dato'-Dato' Timbalan Pengarah, Pegawai-pegawai kanan, anggota PDRM dan kakitangan awam.

Ahli-ahli KKS PDRM mendaftar diri.

Ketibaan YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara bersama YDH CP Dato' Robiah bt Abdul Ghani, Pengarah Pengurusan PDRM.

Barisan para tetamu yang turut hadir.

Ucapan YDH CP Dato' Robiah bt Abdul Ghani, Pengarah Pengurusan PDRM

Ucapan YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.

Ahli Jawatankuasa KKS 2010.

Ahli Jawatankuasa KKS 2011.

Wartawan/Jurufoto: L/kpl Muhammad Lokmanul Hakim bin S.Nor
Penyunting: C/Insp. Norsuzila bt Kamaruldin