Article
Keprihatinan Pemilik Restoran Sup Pedas Kajang
Restoran Sup Pedas Kajang merupakan restoran makanan pertama yang membuat kerjasama dengan pihak polis dalam menangani jenayah. Dengan kerjasama seperti ini se...
Puchong Jaya, Serdang.
22 Mei 2011, Ketua Polis Balai Polis Puchong Jaya, C/Insp Lokman bin
Ahmad telah merasmikan Majlis Community Policing Selangor anjuran sebuah
Restoran Sup Pedas Kajang yang baru beroperasi di Jalan Kenari 18B
Puchong Jaya. Turut sama menjayakan majlis tersebut ialah Yang Dipertua
Community Policing Selangor, Encik Kuan Chee Heng, pemilik Restoran Sup
Pedas Kajang, Encik Mok Kam Loong dan rakan kongsi Encik Yeoh Boon
Chuan.
Restoran Sup Pedas Kajang merupakan restoran pertama yang memberi komitmen bersama-sama pihak polis dalam menangani jenayah. Dengan kerjasama seperti ini, secara tidak langsung pihak restoran menjadi mata dan telinga kepada polis dan
ini dapat mengurangkan kejadian jenayah di sekitar kawasan tersebut
serta menjadi contoh kepada premis - premis perniagaan yang lain untuk
bersama-sama PDRM mencegah sekaligus membanteras jenayah.
Pihak restoran turut menyediakan "PAPAN NOTIS" di hadapan premis yang bertujuan :-
- Menyebarkan maklumat isu - isu semasa
- Mempamerkan maklumat orang - orang yang hilang
- Mempamerkan orang - orang yang di kehendaki
- Maklumat - maklumat berkenaan polis
- Maklumat - maklumat berkenaan cara - cara pencegahan jenayah
- Memberi nasihat secara bercetak kepada masyarakat
Disamping
itu, pemilik Restoran Sup Pedas Kajang telah berbesar hati
menyumbangkan payung kepada Community Policing Selangor untuk diguna
pakai bersama pihak polis terutama di kawasan - kawasan panas yang kerap
berlakunya kejadian jenayah seperti pasar pagi, pasar malam dan tempat -
tempat tumpuan orang ramai.
Kerjasama
yang telah terjalin ini akan mengeratkan lagi hubungan pihak polis dan
masyarakat selaras dengan konsep 4P yang telah diperkenalkan oleh Ketua
Polis Negara Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar.

C/Insp Lokman bin Ahmad, KPB Puchong Jaya menyampaikan ucapan perasmian...

Sumbangan payung oleh Restoran Sup Pedas Kajang...

Perasmian dan pemotongan reben papan notis oleh C/Insp Lokman bin Ahmad, KPB Puchong Jaya..

KPB Puchong Jaya C/Insp Lokman bin Ahmad menampal poster Community Policing....

Pemilik Restoran mengucapkan terima kasih kepada KPB Puchong Jaya....

KPB Puchong Jaya bergambar dengan pemilik Restoran Sup Pedas Kajang....

Pemilik Restoran Sup Pedas Kajang menyampaikan cenderahati kepada KPB Puchong Jaya...

KPB Puchong Jaya bergambar kenangan bersama pekerja - pekerja Restoran Sup Pedas Kajang...

Perbincangan bersama...

Anggota-anggota polis yang turut hadir..

Antara yang hadir..
Wartawan/Jurufoto: L/kpl Mohd Helmi bin Saadin
Penyunting: Sjn Zaiddin bin Dahalan