Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kepimpinan Pdrm Bersama Masyarakat Mengimarahkan Masjid

Published: 10 Jun 2014 5.58 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kepimpinan PDRM Bersama Masyarakat Mengimarahkan Masjid ini adalah cetusan untuk warga PDRM mendekati masyarakat di masjid-masjid serta rumah ibadah..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kepimpinan-pdrm-bersama-masyarakat-mengimarahkan-masjid
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:09 MYT

Ampang - 22 Oktober 2010. YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara, YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara dan YDH Dato'-Dato' Pengarah serta warga Polis Diraja Malaysia telah menunaikan Solat Jumaat di Masjid Bukit Antarabangsa pada hari ini, bersempena dengan program mengimarahkan masjid dan mendekati rumah ibadah. Kepimpinan PDRM Bersama Masyarakat Mengimarahkan Masjid ini adalah cetusan untuk warga PDRM mendekati masyarakat di masjid-masjid serta rumah-rumah ibadah

Sebelum menunaikan Solat Jumaat, YDH Ketua Polis Negara, YDH Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Pengarah-pengarah serta Pegawai-pegawai Kanan telah bersama-sama mengadakan perbincangan dengan Biro-Biro Masjid Bukit Antarabangsa yang diketuai oleh Nazir Masjid, YBhg. Tuan Haji Zulkifli bin Ahmad. Dalam pertemuan tersebut, YDH Ketua Polis Negara telah menjelaskan bahawa program pencegahan jenayah dengan menggunakan pendekatan melalui institusi masjid dan rumah ibadah adalah satu cara baru yang diambil oleh pucuk pimpinan PDRM. Kunjungan ini juga adalah yang pertama kali diadakan oleh YDH Ketua Polis Negara.

Sempena Program Kepimpinan PDRM Bersama Masyarakat Mengimarahkan Masjid , Imam Masjid Bukit Aman, Superintendan Haji Ghazali bin Haji Daud telah menyampaikan tazkirah sebelum menunaikan Solat Jumaat, disamping sebagai Khatib untuk menyampaikan khutbah Jumaat pada hari ini.

YDH Ketua Polis Negara juga menyatakan hasrat untuk menjemput Biro-biro Masjid Bukit Antarabangsa ke Masjid Bukit Aman untuk tujuan yang sama. Beliau juga mengharapkan Ketua-ketua Polis Negeri dan Pegawai-pegawai Kanan mengikuti langkah tersebut. Bagi pegawai yang bukan beragama Islam, mereka boleh mengatur program dengan mengunjungi rumah-rumah ibadah mengikut anutan agama masing-masing.

Kepimpinan Pdrm Bersama Masyarakat Mengimarahkan Masjid
YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara beramah mesra dengan Biro Masjid Bukit Antarabangsa sementara menunggu ketibaan YDH ketua Polis Negara

Kepimpinan Pdrm Bersama Masyarakat Mengimarahkan Masjid
Mengadakan perbincangan dengan Biro-Biro Masjid Bukit Antarabangsa...
 
Kepimpinan Pdrm Bersama Masyarakat Mengimarahkan Masjid
YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara menyampaikan cenderahati kepada Nazir Masjid Bukit Antarabangsa, YBhg. Tuan Haji Zulkifli bin Ahmad

Kepimpinan Pdrm Bersama Masyarakat Mengimarahkan Masjid
Menunaikan Solat Jumaat di Masjid Bukit Antarabangsa

Kepimpinan Pdrm Bersama Masyarakat Mengimarahkan Masjid
Antara pegawai-pegawai PDRM, bersama-sama masyarakat menunaikan Solat Jumaat.

Kepimpinan Pdrm Bersama Masyarakat Mengimarahkan Masjid
Imam Masjid Bukit Aman, Superintendan Haji Ghazali bin Haji Daud menyampaikan khutbah Jumaat.

Kepimpinan Pdrm Bersama Masyarakat Mengimarahkan Masjid
Bergambar Kenangan bersama Biro-biro Masjid Bukit Antarabangsa

ArticlePublished 10 Jun 2014 5.58 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM