Kepimpinan Pdrm Bersama Masyarakat Mengimarahkan Masjid
Ampang
- 22 Oktober 2010. YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua
Polis Negara, YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis
Negara dan YDH Dato'-Dato' Pengarah serta warga Polis Diraja Malaysia
telah menunaikan Solat Jumaat di Masjid Bukit Antarabangsa pada hari
ini, bersempena dengan program mengimarahkan masjid dan mendekati rumah
ibadah. Kepimpinan PDRM Bersama Masyarakat Mengimarahkan Masjid ini
adalah cetusan untuk warga PDRM mendekati masyarakat di masjid-masjid
serta rumah-rumah ibadah
Sebelum
menunaikan Solat Jumaat, YDH Ketua Polis Negara, YDH Timbalan Ketua
Polis Negara, YDH Pengarah-pengarah serta Pegawai-pegawai Kanan telah
bersama-sama mengadakan perbincangan dengan Biro-Biro Masjid Bukit
Antarabangsa yang diketuai oleh Nazir Masjid, YBhg. Tuan Haji Zulkifli
bin Ahmad. Dalam pertemuan tersebut, YDH Ketua Polis Negara telah
menjelaskan bahawa program pencegahan jenayah dengan menggunakan
pendekatan melalui institusi masjid dan rumah ibadah adalah satu cara
baru yang diambil oleh pucuk pimpinan PDRM. Kunjungan ini juga adalah
yang pertama kali diadakan oleh YDH Ketua Polis Negara.
Sempena
Program Kepimpinan PDRM Bersama Masyarakat Mengimarahkan Masjid , Imam
Masjid Bukit Aman, Superintendan Haji Ghazali bin Haji Daud telah
menyampaikan tazkirah sebelum menunaikan Solat Jumaat, disamping sebagai
Khatib untuk menyampaikan khutbah Jumaat pada hari ini.
YDH
Ketua Polis Negara juga menyatakan hasrat untuk menjemput Biro-biro
Masjid Bukit Antarabangsa ke Masjid Bukit Aman untuk tujuan yang sama.
Beliau juga mengharapkan Ketua-ketua Polis Negeri dan Pegawai-pegawai
Kanan mengikuti langkah tersebut. Bagi pegawai yang bukan beragama
Islam, mereka boleh mengatur program dengan mengunjungi rumah-rumah
ibadah mengikut anutan agama masing-masing.

YDH
DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara beramah
mesra dengan Biro Masjid Bukit Antarabangsa sementara menunggu ketibaan
YDH ketua Polis Negara

Mengadakan perbincangan dengan Biro-Biro Masjid Bukit Antarabangsa...

YDH
IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara menyampaikan
cenderahati kepada Nazir Masjid Bukit Antarabangsa, YBhg. Tuan Haji
Zulkifli bin Ahmad

Menunaikan Solat Jumaat di Masjid Bukit Antarabangsa

Antara pegawai-pegawai PDRM, bersama-sama masyarakat menunaikan Solat Jumaat.

Imam Masjid Bukit Aman, Superintendan Haji Ghazali bin Haji Daud menyampaikan khutbah Jumaat.

Bergambar Kenangan bersama Biro-biro Masjid Bukit Antarabangsa