Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kemalangan Duke Dua Pemandu Myvi Didakwa Esok

Published: 08 May 2015 4.17 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 7 Mei - Dua pemandu Myvi yang terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) yang mengorbankan tiga sekeluarga Sabtu lepas akan didakwa di Mahkamah Majistret Jalan Duta esok.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kemalangan-duke-dua-pemandu-myvi-didakwa-esok
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:58 MYT


Kuala Lumpur, 7 Mei - Dua pemandu Myvi yang terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) yang mengorbankan tiga sekeluarga Sabtu lepas akan didakwa di Mahkamah Majistret Jalan Duta esok.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Trafik Bukit Aman Dato' Mohd Fuad Abd Latiff kepada Bernama hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan butiran terperinci berkenaan pertuduhan berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira 1.05 pagi itu, sepasang suami isteri Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, serta bayi mereka Nur Firuza Annisa, 7 bulan, maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di KM6.2 Lebuhraya DUKE dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta.

Susulan kejadian itu, polis telah menahan seorang lelaki berusia 31 tahun dan wanita berumur 35 tahun.

Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis.

- BERNAMA

ArticlePublished 08 May 2015 4.17 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM