Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Wanita Berkarisma Tunjang Pasukan

Diterbitkan: 08 May 2015 3.33 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
JJPW telah menganjurkan sebuah seminar yang bermula dari 5 hingga 7 April 2015 di Hotel Swiss Garden, Kuala Lumpur. Bertemakan ‘Wanita Berkarisma Tunjang Pasukan’ bertujuan memberikan input yang berguna kepada polis wanita agar bersedia menjadi pelapis kepimpinan pasukan di masa akan datang.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/wanita-berkarisma-tunjang-pasukan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:40 MYT

Kuala Lumpur, 7 Mei – Jawatankuasa Pembangunan Pengurusan Polis Wanita (JPPPW) yang antara lainnya berfungsi untuk memainkan peranan membentuk imej dan keterampilan para pegawai polis wanita supaya dipandang tinggi dan berkualiti oleh rakan sepasukan khasnya dan masyarakat awam amnya.

Bertitik tolakkan perkara tersebut, JJPW telah menganjurkan sebuah seminar yang bermula dari 5 hingga 7 April 2015 di Hotel Swiss Garden, Kuala Lumpur. Bertemakan ‘Wanita Berkarisma Tunjang Pasukan’ bertujuan memberikan input yang berguna kepada polis wanita agar bersedia menjadi pelapis kepimpinan pasukan di masa akan datang.

Timbalan Ketua Polis Negara yang mewakili pucuk pimpinan PDRM dalam ucapan penutupan melahirkan rasa penghargaannya kepada sumbangan yang telah diberikan oleh kaum wanita dalam dunia moden sekarang terutamanya dalam kerjaya yang mencabar kepolisan.

“Sesungguhnya dalam konteks wanita, mengimbangi antara kerjaya dan keluarga merupakan satu tugas yang berat dan memerlukan kesabaran yang tinggi sebagai contoh, impak ‘work-life balance’ kepada golongan lelaki adalah marginal, tetapi soal ‘work-life balance’ ini masih menjadi isu rencam yang kronik dan telah memberi akibat yang lebih besar kepada kaum wanita berbanding dengan kaum lelaki,” ucap Timbalan Ketua Polis Negara Dato’ Sri Noor Rashid bin Ibrahim ketika majlis penutupan di Hotel Swiss Garden, Kuala Lumpur.

Seramai 131 orang pegawai kanan polis wanita pelbagai pangkat dari seluruh kontinjen telah menyertai seminar yang berakhir hari ini.

Beberapa buah resolusi yang dihasilkan pada akhir seminar ini diharapkan dapat membantu memperkukuhkan semangat setia kawan dan kerjasama yang padu demi menjamin pembentukan jati diri dan imej kepolisan yang mantap di kalangan para peserta.

Hadir sama di majlis penutupan ini ialah Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato’ Zubaidah Binti Md. Ismail, Timbalan Pengarah Jabtan Sumber Strategik dan Teknologi (Pengangkutan/Teknologi dan Sistem Maklumat/Bangunan), DCP Dato' Zaleha Binti Abdul Rahman serta pegawai-pegawai kanan.

_MG_6640

_MG_6421


_MG_6446
IMG_7629
IMG_7478
_MG_6720

_MG_6818

ArtikelDiterbitkan 08 May 2015 3.33 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM