Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kelab Basikal Polis Ternyata Eratkan Hubungan Polis Masyara

Published: 17 Jun 2014 5.27 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Beliau yang berpindah ke Kuching pada Januari tahun lalu kemudian berasakan perlu ada kelab rekreasi bagi mengeratkan hubungan antara polis dan orang awam di kawasan Bandaraya Kuching...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kelab-basikal-polis-ternyata-eratkan-hubungan-polis-masyara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:59 MYT

Idea penubuhan kelab ini dicadangkan sendiri Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad, yang berpengalaman mewujudkan kelab seumpama ketika bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, Perak.

Beliau yang berpindah ke Kuching pada Januari tahun lalu kemudian berasakan perlu ada kelab rekreasi bagi mengeratkan hubungan antara polis dan orang awam di kawasan Bandaraya Kuching.

Bermula dari detik itu, Kelab Basikal Polis Kuching (KCCC) yang kini sudah ada lebih 1,300 ahli termasuk orang awam terus berkembang, malah menjadi antara kelab berbasikal terbesar di Sarawak.

Paling membanggakan, organisasi swasta turut memberi sokongan kepada kelab ini apabila menjemput mereka menyertai pelbagai program kayuhan, termasuk bagi tujuan amal sekitar Kuching.

"Apa yang menarik, kami turut menganjurkan kayuhan di kawasan perumahan bagi mengedarkan risalah pencegahan jenayah dan secara tidak langsung dapat bertemu masyarakat bagi mendengar masalah mereka.

"Program seperti ini dapat meningkatkan kesedaran orang awam mengenai kaedah terbaik memastikan kawasan perumahan tidak terdedah kepada jenayah" katanya.

Sumber: Berita Harian

Kelab Basikal Polis Ternyata Eratkan Hubungan Polis Masyara

ArticlePublished 17 Jun 2014 5.27 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM