Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

60 Liter Air Ketum Dirampas

Diterbitkan: 17 Jun 2014 5.28 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Serbuan yang dilakukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah dan Narkotik itu turut berjaya menahan dua lelaki berumur 49 dan 64 tahun di Taman Sri Permai dan Kampung Padang Assam, Padang Renga..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/60-liter-air-ketum-dirampas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:32 MYT

Kuala Kangsar - Hasil risikan dan maklumat orang awam, polis berjaya merampas 60 liter cecair dipercayai air ketum dalam dua serbuan berasingan di Padang Rengas, kelmarin.

Serbuan yang dilakukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah dan Narkotik itu turut berjaya menahan dua lelaki berumur 49 dan 64 tahun di Taman Sri Permai dan Kampung Padang Assam, Padang Rengas.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kuala Kangsar, Deputi Superintendan Guan Beng Kang mengingatkan masyarakat supaya tidak membeli atau meminum air ketum kerana mereka juga boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan boleh didenda sehingga RM3,000.

Sumber: Sinar Harian

60 Liter Air Ketum Dirampas

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 5.28 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM