Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kekang Kegiatan Curi Kabel

Diterbitkan: 17 Jun 2014 6.28 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.28 PM
Naib Presiden TM Selangor, Datuk Zaini Maatan menggesa orang ramai membuat laporan sekiranya mereka terjumpa atau terlihat kes kecurian kabel dengan menghubungi talian 999 agar tindakan sewajarnya dap..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kekang-kegiatan-curi-kabel
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 19:36 MYT

Telekom Malaysia Berhad (TM) terus mengharapkan kerjasama semua pihak khususnya masyarakat setempat dalam memastikan kemudahan komunikasi yang disediakan untuk manfaat bersama ini dapat dijaga dengan baik.

Naib Presiden TM Selangor, Datuk Zaini Maatan menggesa orang ramai membuat laporan sekiranya mereka terjumpa atau terlihat kes kecurian kabel dengan menghubungi talian 999 agar tindakan sewajarnya dapat diambil pihak berkuasa dengan segera.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Sijil dan Saguhati kepada dua anggota polis dari IPD Klang Selatan dan seorang ahli komuniti atas sumbangan dan kerjasama mereka sehingga tertangkapnya dalang kecurian kabel TM di Sungai Besar, baru-baru ini.

Sumber : Akhbar Sinar Harian

Kekang Kegiatan Curi Kabel

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 6.28 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.28 PM