Tindakan
dua individu menyamar sebagai anggota polis untuk menyamun penduduk di
sekitar Damansara, berakhir dengan penahanan mereka di Mutiara
Damansara, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner
Arjunaidi Mohamed berkata, ketika kejadian kira-kira jam4.45 pagi itu.
anggota polis dari Balai Polis Damansara yang melakukan rondaan di
kawasan itu mengesan kedua-dua suspek yang mengesan kedua-dua suspek
yang menaiki sebuah motosikal.
Mereka
melarikan diri tetapi ditahan selepas kira-kira 200 meter. Seorang
daripada mereka memakai jaket hitam dengan logo polis dan baju seragam
kadet polis. Seorang warga Myanmar, manakala seorang lagi lelaki
tempatan. Kedua-dua suspek ditahan reman untuk mebantu siasatan dan
orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini boleh ke balai
polis yang berhampiran untuk membantu siasatan.
Sumber: Akhbar sinar harian

Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Dua Menyamar Polis Diberkas
Mereka melarikan diri tetapi ditahan selepas kira-kira 200 meter. Seorang daripada mereka memakai jaket hitam dengan logo polis dan baju seragam kadet polis. Seorang warga Myanmar, manakala seorang la..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-menyamar-polis-diberkas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.