Cheras
- 3 Mei 2010. Kejohanan Futsal Piala PSP KL 2010, bermula dari 1 hingga
3 Mei, telah di berlangsung di Gelanggang Serbaguna Juara Rakyat,
Briged Tengah PGA, Cheras.
Majlis
penutupan Kejohanan Futsal Piala PSP KL 2010 telah disempurnakan oleh
YDH ACP Nasaruddin bin Hj. Zahari, Timbalan Komander PSP Polis Diraja
Malaysia.
Hadir
sama ialah Superintenden Shubly bin Hj. Zainal Abidin, Pegawai
Pemerintah Unit 1 PSP Kuala Lumpur, ASP Sathasivam a/l Maniam, Pegawai
Penjaga Terup 1B serta Pegawai Penjaga Unit 4 dan Pegawai-pegawai Kanan
pasukan Simpanan Persekutuan.
Kejohanan
Futsal Piala PSP KL 2010 dianjurkan oleh ASP Sathasivam a/l Maniam,
Pegawai Penjaga Terup 1B, bertujuan untuk melahirkan semangat kesukanan
dan keharmonian di kalangan pegawai dan anggota serta kakitangan awam
PSP Kuala Lumpur. Kejohanan ini juga mendapat kerjasama dari Bank Rakyat
dan CIMB Bank.
Sebanyak
13 pasukan dari Pasukan Simpanan Persekutuan Kuala Lumpur dan 4 pasukan
jemputan telah mengambil bahagian, dengan penuh semangat kesukanan dan
muhibbah.
Johan Pasukan Jemputan ialah Bank Rakyat dan naib Johan ialah Pasukan CIMB Bank.
Tempat
Ketiga Piala Kejohanan Futsal Piala PSP KL 2010 ialah Pasukan Perancic
dari Terup 1B. Naib Johan ialah Pasukan Bunga Kemboja dari Terup 4A dan
Johan ialah Pasukan Teratai dari Terup 4B.
Piala Fair Play ialah Pasukan Perancis, yang tidak pernah mendapat sebarang kad sepanjang kejohanan dijalankan.
Penjaring
Terbanyak ialah L/Kpl Suhaimi Othman dari Pasukan Bunga Kemboja dengan
jaringan sebanyak 13 gol dan Pemain Terbaik ialah Konstabel Mohd Fazly
bin Abdul Lahit dari Pasukan Teratai Terup 4B.

Perlawanan akhir antara Pasukan Bunga Kemboja dari Terup 4A dan Pasukan Teratai dari Terup 4B (jersi kuning)

Johan...Pasukan Teratai dari Terup 4B membawa pulang Piala Pusingan dan hadiah wang tunai RM500.00

Penjaring
Terbanyak...L/Kpl Suhaimi Othman dari Pasukan Bunga Kemboja menerima
hadiah dari YDH ACP Nasaruddin bin Hj. Zahari, Timbalan Komander PSP
Polis Diraja Malaysia.

Pemain Terbaik...Konstabel Mohd Fazly bin Abdul Lahit dari Pasukan Teratai Terup 4B

Pengadil perlawanan...dari kanan, Sjn Prem Kumar, Sjn Amin, Sjn Zaini dan Kpl Willeh.

Cenderahati
dari ASP Sathasivam a/l Maniam, Pegawai Penjaga Terup 1B kepada YDH ACP
Nasaruddin bin Hj. Zahari, Timbalan Komander PSP Polis Diraja Malaysia.

YDH ACP Nasaruddin bin Hj. Zahari, Timbalan Komander PSP Polis Diraja Malaysia bergambar kenangan bersama pemenang-pemenang.
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Kejohanan Futsal Piala Psp Kl 2010
Kejohanan Futsal Piala PSP KL 2010 dianjurkan oleh ASP Sathasivam a/l Maniam, Pegawai Penjaga Terup 1B, bertujuan untuk melahirkan semangat kesukanan dan keharmonian di kalangan pegawai dan anggota s..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kejohanan-futsal-piala-psp-kl-2010
Scan to view the latest live version.