Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kejohanan Badminton Dan Bola Jaring Piala Ketua Polis Negara 2010

Published: 10 Jun 2014 3.08 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kejohanan ini diharap dapat mencungkil dan mengilap bakat-bakat baru dari atlet-atlet PDRM yang mempunyai keupayaan, bersikap positif dan mempunyai kemampuan untuk melangkah ke peringkat yang lebih ti..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kejohanan-badminton-dan-bola-jaring-piala-ketua-polis-negara-2010
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:22 MYT

Perlis - 24 Julai 2010. Kejohanan Badminton dan Bola Jaring Piala Ketua Polis Negara 2010 telah berlangsung di Kontinjen Perlis, Indera Kayangan.

Majlis Penutupan Kejohanan Badminton dan Bola Jaring Piala Ketua Polis Negara 2010 telah disempurnakan oleh YDH DCP Dato' Haji Ghazali bin Haji Md Amin, Ketua Polis Perlis di Kompleks Sukan UiTM, Perlis.

Turut hadir di majlis penutupan ialah ACP Zull Aznam bin Haron, Timbalan Ketua Polis Perlis merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan, Supt. Shukaimi bin Abu Samah, Pengelola Badminton PDRM, ASP Yan Siew Ping, wakil Majlis Sukan PDRM, , Ketua-ketua Jabatan PDRM Kontinjen Perlis, Ketua-ketua Polis Daerah, Komander UPP Perlis serta Pegawai-pegawai dan anggota PDRM.

Kejohanan telah berlangsung selama tiga hari, bermula pada 22 Julai sehingga 24 Julai 2010. Sebanyak 21 pasukan telah mengambil bahagian dalam acara badminton sementara 19 pasukan pula mengambil bahagian dalam acara bola jaring.

Kejohanan ini diharap dapat mencungkil dan menggilap bakat-bakat baru dari atlet-atlet PDRM yang mempunyai keupayaan, bersikap positif dan mempunyai kemampuan untuk melangkah ke peringkat yang lebih tinggi.

Keputusan Pertandingan Kejohanan Badminton dan Bola Jaring Piala KPN 2010
Bola Jaring
Johan           - Selangor
Naib Johan    - Melaka
Ketiga           - Bukit Aman
Keempat       - Pulau Pinang

Badminton Berpasukan Lelaki
Johan           - Sarawak
Naib Johan    - Negeri Sembilan
Ketiga           - Johor
Keempat       - Pahang

Badminton Bergu Wanita
Johan           - Johor
Naib Johan    - Sabah
Ketiga           - Bukit Aman dan Melaka

Badminton Perseorangan Wanita
Johan          - Junaidah (Selangor)
Naib Johan   - Kho Mei Piong (Johor)

Kejohanan Badminton Dan Bola Jaring Piala Ketua Polis Negara 2010
Majlis Penutupan Kejohanan Badminton dan Bola Jaring Piala Ketua Polis Negara 2010 disempurnakan oleh YDH DCP Dato' Haji Ghazali bin Haji Md Amin, Ketua Polis Perlis di Kompleks Sukan UiTM, Perlis.

Kejohanan Badminton Dan Bola Jaring Piala Ketua Polis Negara 2010
Pertandingan akhir bola jaring antara Selangor bertemu Melaka.

Kejohanan Badminton Dan Bola Jaring Piala Ketua Polis Negara 2010
Kontinjen Melaka, Naib Johan Bola Jaring Piala KPN 2010.

Kejohanan Badminton Dan Bola Jaring Piala Ketua Polis Negara 2010
Barisan pengadil dan urusetia Bola Jaring Piala KPN 2010.

Kejohanan Badminton Dan Bola Jaring Piala Ketua Polis Negara 2010
Perlawanan sengit badminton antara Sarawak bertemu Negeri Sembilan.

Kejohanan Badminton Dan Bola Jaring Piala Ketua Polis Negara 2010
Sarawak berjaya mengalahkan Negeri Sembilan dengan keputusan 3-0.

Kejohanan Badminton Dan Bola Jaring Piala Ketua Polis Negara 2010
Kontinjen tuan rumah di majlis penutupan.

Kejohanan Badminton Dan Bola Jaring Piala Ketua Polis Negara 2010
Kontinjen Bukit Aman menduduki tempat Ketiga dalam acara bola jaring.

Kejohanan Badminton Dan Bola Jaring Piala Ketua Polis Negara 2010
Kontinjen Selangor... Johan acara bola jaring dan acara perseorangan wanita badminton serta permain terbaik bola jaring.

Kejohanan Badminton Dan Bola Jaring Piala Ketua Polis Negara 2010
Kontinjen Negeri Sembilan, Naib Johan Badminton Lelaki, bergambar kenangan bersama YDH ACP Zull Aznam bin Haron.

Kejohanan Badminton Dan Bola Jaring Piala Ketua Polis Negara 2010
Kontinjen Sarawak diketuai oleh ASP Lee Pak Ko, menerima trofi selaku Johan Badminton Piala KPN 2010.

Kejohanan Badminton Dan Bola Jaring Piala Ketua Polis Negara 2010
Johan Beregu Badminton Wanita, Kontinjen Johor.

Kejohanan Badminton Dan Bola Jaring Piala Ketua Polis Negara 2010
Dengan jaringan 206, Erma Zainormi binti Zainuddin dari Bukit Aman dinobatkan penjaring terbanyak.

Kejohanan Badminton Dan Bola Jaring Piala Ketua Polis Negara 2010
Rashidah binti Yatim yang mewakili Kontinjen Selangor dinobatkan permain terbaik acara bola jaring.

Kejohanan Badminton Dan Bola Jaring Piala Ketua Polis Negara 2010
Junaidah...Johan acara perseorangan wanita badminton.

Kejohanan Badminton Dan Bola Jaring Piala Ketua Polis Negara 2010
Kontinjen Sarawak hanya menghantar pasukan badminton dan berjaya merangkul Johan dalam acara badminton berpasukan.

Kejohanan Badminton Dan Bola Jaring Piala Ketua Polis Negara 2010
Cenderahati dari Majlis Sukan PDRM kepada YDH Ketua Polis Negeri Perlis.

Kejohanan Badminton Dan Bola Jaring Piala Ketua Polis Negara 2010
ACP Zull Aznam bin Haron, Timbalan Ketua Polis Perlis menyampaikan cenderahati kepada YDH DCP Dato' Haji Ghazali bin Haji Md Amin, Ketua Polis Perlis.
ArticlePublished 10 Jun 2014 3.08 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM