Kunjungan Hormat Delegasi Kerajaan Lesotho
Cheras
- 27 Julai 2010. Seramai enam orang dari delegasi kerajaan Lesotho
telah mengadakan lawatan ke Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Kuala
Lumpur pada pagi ini. Delegasi diketuai oleh H.E Ms. Ntsebe Koko,
Pesuruhjaya Tinggi Kerajaan Lesotho, Mr. R. Kehtsi, Ketua Setiausaha
Kementerian Dalam Negeri, Mr. K. Mhklakaza, Timbalan Pesuruhjaya Polis,
Mr. T. Moseme, Pengarah Latihan dan Mr. Motebang, Pegawai Teknologi
Maklumat.
Ketibaan
beliau telah disambut oleh YDH ACP Nasaruddin bin Haji Zahari, Timbalan
Komander PSP dan DSP Nor Fauzi bin Ismawi, Pegawai Pemerintah Unit
Berkuda.
Turut hadir ialah DSP Ng Lean Seong, Timbalan PP Unit 4 PSP Kuala Lumpur, DSP Mohamad Mokhtar Bin Abd Majid, PP Unit 7 Negeri Sembilan, Pegawai-pegawai PSP Kuala Lumpur, serta tiga pegawai daripada Wisma Putra, Ms. Pulam, Mr. Yangni dan Ms. Sakini.
Ucapan alu-aluan ketibaan
delegasi dari Kerajaan Lesotho dan Pegawai-pegawai dari Wisma Putra
telah disampaikan oleh YDH ACP Nasaruddin bin Haji Zahari, Timbalan
Komander PSP.
Taklimat
pula disampaikan oleh DSP Nor Fauzi bin Ismawi, PP Unit Berkuda,
mengenai sejarah penubuhan Pasukan Simpanan Persekutuan dan carta
organisasi PSP di Bilik Mesyuarat PSP. Delegasi juga dipertontonkan
beberapa rakaman video kejadian rusuhan besar yang terjadi di Malaysia
yang ditangani oleh Pasukan Simpanan Persekutuan.
Setelah
selesai taklimat, delegasi tersebut dibawa ke Dataran Kawad PSP dan
dipertontonkan demonstrasi oleh Pasukan Simpanan Persekutuan dan juga
pameran peralatan yang digunakan oleh Pasukan Simpanan Persekutuan.
Penerangan demonstrasi dan pameran diambil alih oleh ASP Nirmajit Singh
dan ASP Pusparajen a/l Kaliapan.

H.E
Ms. Ntsebe Kokome, Pesuruhjaya Tinggi Kerajaan Lesotho disambut ramah
oleh YDH ACP Nasaruddin Bin Hj Zahari, Timbalan Komander PSP.

Delegasi
Kerajaan Lesotho disambut oleh Pegawai PP Unit 7 Negeri Sembilan,
Timbalan PP Unit 4 Kuala Lumpur, PP Unit Berkuda dan Pegawai-pegawai
PSP.

YDH ACP Nasaruddin bin Hj Zahari memberi penerangan prosedur yang dijalankan semasa kejadian rusuhan besar di Malaysia.

H.E Ms. Ntsebe Kokome, Kerajaan Lesotho menerima cenderahati daripada Timbalan Komander PSP.

Delegasi menyaksikan demo kawad FRU dari Terup B, PSP Unit 7 Negeri Sembilan.

Tembakan gas pemedih mata sebagai prosedur kedua untuk memaksa menyuraikan perhimpunan haram.

Unit Berkuda adalah antara alternatif yang lebih pantas untuk menakutkan dan menyuraikan penunjuk perasaan.

Jaket kalis api antara pameran yang menarik perhatian delegasi.

Antara anggota-anggota PSP yang membantu menyediakan bahan-bahan pameran

Delegasi dari Kerajaan Lesotho bergambar kenang-kenangan bersama Timbalan Komander PSP, Pegawai-pegawai PSP dan PP Unit berkuda.