Artikel
Kejohanan Badminton Dan Bola Jaring Piala Ketua Polis Negara 2010
Kejohanan ini diharap dapat mencungkil dan mengilap bakat-bakat baru dari atlet-atlet PDRM yang mempunyai keupayaan, bersikap positif dan mempunyai kemampuan u...
Perlis - 24 Julai
2010. Kejohanan Badminton dan Bola Jaring Piala Ketua Polis Negara 2010
telah berlangsung di Kontinjen Perlis, Indera Kayangan.
Majlis
Penutupan Kejohanan Badminton dan Bola Jaring Piala Ketua Polis Negara
2010 telah disempurnakan oleh YDH DCP Dato' Haji Ghazali bin Haji Md
Amin, Ketua Polis Perlis di Kompleks Sukan UiTM, Perlis.
Kejohanan telah berlangsung selama tiga hari, bermula pada 22 Julai sehingga 24 Julai 2010. Sebanyak 21 pasukan telah mengambil bahagian dalam acara badminton sementara 19 pasukan pula mengambil bahagian dalam acara bola jaring.
Kejohanan ini diharap dapat mencungkil dan menggilap bakat-bakat baru dari atlet-atlet PDRM yang mempunyai keupayaan, bersikap positif dan mempunyai kemampuan untuk melangkah ke peringkat yang lebih tinggi.
Keputusan Pertandingan Kejohanan Badminton dan Bola Jaring Piala KPN 2010
Bola Jaring
Johan - Selangor
Naib Johan - Melaka
Ketiga - Bukit Aman
Keempat - Pulau Pinang
Badminton Berpasukan Lelaki
Johan - Sarawak
Naib Johan - Negeri Sembilan
Ketiga - Johor
Keempat - Pahang
Badminton Bergu Wanita
Johan - Johor
Naib Johan - Sabah
Ketiga - Bukit Aman dan Melaka
Badminton Perseorangan Wanita
Johan - Junaidah (Selangor)
Naib Johan - Kho Mei Piong (Johor)
Majlis Penutupan Kejohanan Badminton dan Bola Jaring Piala Ketua Polis Negara 2010 disempurnakan oleh YDH DCP Dato' Haji Ghazali bin Haji Md Amin, Ketua Polis Perlis di Kompleks Sukan UiTM, Perlis.
Pertandingan akhir bola jaring antara Selangor bertemu Melaka.
Kontinjen Melaka, Naib Johan Bola Jaring Piala KPN 2010.
Barisan pengadil dan urusetia Bola Jaring Piala KPN 2010.
Perlawanan sengit badminton antara Sarawak bertemu Negeri Sembilan.
Sarawak berjaya mengalahkan Negeri Sembilan dengan keputusan 3-0.
Kontinjen tuan rumah di majlis penutupan.
Kontinjen Bukit Aman menduduki tempat Ketiga dalam acara bola jaring.
Kontinjen Selangor... Johan acara bola jaring dan acara perseorangan wanita badminton serta permain terbaik bola jaring.
Kontinjen Negeri Sembilan, Naib Johan Badminton Lelaki, bergambar kenangan bersama YDH ACP Zull Aznam bin Haron.
Kontinjen Sarawak diketuai oleh ASP Lee Pak Ko, menerima trofi selaku Johan Badminton Piala KPN 2010.
Johan Beregu Badminton Wanita, Kontinjen Johor.
Dengan jaringan 206, Erma Zainormi binti Zainuddin dari Bukit Aman dinobatkan penjaring terbanyak.
Rashidah binti Yatim yang mewakili Kontinjen Selangor dinobatkan permain terbaik acara bola jaring.
Junaidah...Johan acara perseorangan wanita badminton.
Kontinjen Sarawak hanya menghantar pasukan badminton dan berjaya merangkul Johan dalam acara badminton berpasukan.
Cenderahati dari Majlis Sukan PDRM kepada YDH Ketua Polis Negeri Perlis.
ACP Zull Aznam bin Haron, Timbalan Ketua Polis Perlis menyampaikan cenderahati kepada YDH DCP Dato' Haji Ghazali bin Haji Md Amin, Ketua Polis Perlis.