Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kejayaan Menumpaskan Sindiket Pecah Kilang Di Daerah Kulaija

Diterbitkan: 18 Jun 2014 5.29 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.37 PM
Johor Bahru, 15 Nov - Ketua Polis Negara Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar telah mengadakan satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor berkaitan kejayaan menumpaskan sindiket pecah ki..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kejayaan-menumpaskan-sindiket-pecah-kilang-di-daerah-kulaija
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:00 MYT

Johor Bahru, 15 Nov - Ketua Polis Negara Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar telah mengadakan satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor berkaitan kejayaan menumpaskan sindiket pecah kilang di daerah Kulaijaya.

Bertindak atas maklumat, pada 11 November 2013 jam 6.00 pagi pihak polis telah membuat beberapa siri serbuan di Senai dan di Kempas. Dalam serbuan ini, pihak polis berjaya menahan 23 orang terdiri, 16(L) dan 7(P) berumur 20 hingga 42 tahun kerana disyaki terlibat di dalam kes pecah kilang di Daerah Kulaijaya, Johor.

Mengikut statistik bagi tempoh Jan-Nov 2013, sebanyak 63 kes pecah kilang dilaporkan berlaku di daerah Kulaijaya. Daripada jumlah tersebut sebanyak 8 buah kilang melibatkan pemilik pelabur asing. Ekoran dari itu, pihak polis telah menjalankan siasatan terperinci bagi mengesan pelaku jenayah dalam kes ini.

Kejayaan ini membolehkan pihak polis membuat rampasan seperti 3 bilah parang, 5 topeng muka, 3 sarung tangan, 32 buah telefon bimbit, 23 utas gelang tangan, Wang Tunai RM 12,149, USD 1,081, Vietnam 2,475,500, Hong Kong Dolar, Thailand Bath – 20, Indonesia Rupiah – 340,000, Singpore Dollar – 10, 5 buah kamera, 5 buah komputer riba, 4 buah Projektor, 3 buah grinder, 78 keping mata grinder, 20 batang pemutar skru, Penyata wang kiriman.

Kesemua saspek ditahan reman sehingga 25 November 2013. Kes disiasat di bawah Sek. 457 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara boleh sampai 14 tahun dan denda.

Kejayaan ini membolehkan pihak polis menyelesaikan 17 kes pecah kilang di Daerah Kulaijaya, Johor. Daripada kes ini, pihak polis telah berjaya menyelesaikan 5 kes yang melibatkan kilang dan gudang milik penuh pelabur asing dan perkongsian tempatan.

Kejayaan Menumpaskan Sindiket Pecah Kilang Di Daerah Kulaija
Kejayaan Menumpaskan Sindiket Pecah Kilang Di Daerah Kulaija
Kejayaan Menumpaskan Sindiket Pecah Kilang Di Daerah Kulaija
Kejayaan Menumpaskan Sindiket Pecah Kilang Di Daerah Kulaija
Kejayaan Menumpaskan Sindiket Pecah Kilang Di Daerah Kulaija
Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 5.29 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.37 PM