Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur

Diterbitkan: 18 Jun 2014 5.30 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.36 PM
Pada 14.11.2013 jam lebih kurang 1625 hrs, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Brickfields, Kuala Lumpur dengan dipandukan oleh (1) lelaki warganegara Pa..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kejayaan-jabatan-siasatan-jenayah-narkotik-kuala-lumpur
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:56 MYT

Pada 14.11.2013 jam lebih kurang 1625 hrs, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Brickfields, Kuala Lumpur dengan dipandukan oleh (1) lelaki warganegara Pakistan berumur 43 tahun telah membuat pemeriksaan keatas sebuah unit kondominium di Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Hasil pemeriksaan telah menjumpai disyaki dadah jenis Syabu anggaran berat 24,900 gram yang disembunyikan dibelakang jahitan manik yang bercorak dijahit diatas helaian kain. Nilai semasa adalah RM 3.7 juta.

Saringan awal urin suspek adalah positif Methamphetamine. Suspek kini ditahan reman selama (7) hari bermula 15.11.2013 hingga 21.11.2013 dan kes disiasat di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan dengan kesalahan.

Suspek mula memasuki Malaysia pada pertengahan tahun 2009 melalui klia bersama isteri dan (1) anak lelaki berumur 5 tahun. Bagi tahun 2013, suspek telah keluar masuk Malaysia-Pakistan sebanyak (8) kali bermula 22.01.2013 dan kali terakhir pada 04.11.2013.

Modus operandi adalah dengan mengisytiharkan barang kes sebagai barang perniagaan. Namun perniagaan tersebut tidak wujud. Menyorokkan dadah di dalam baju perempuan berjahitan manik bertujuan untuk menyukarkan pihak kastam mengesan semasa proses pemeriksaan di KLIA. Dipercayai sindiket dadah lain juga menggunakan MO yang hampir sama.

Pada 11/11/2013 jam lebih kurang 7.00 malam sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Brickfields telah menangkap (1) lelaki Cina warga tempatan berumur 26 tahun di sebuah hotel di Sri Petaling, Jalan Radin Anum, Bandar Baru Seri Petaling, Kuala Lumpur.

Hasil pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan jenis produa kancil di tempat letak kenderaan di tingkat B1 telah menjumpai (1) bungkus serbuk kristal jernih disyaki dadah jenis syabu anggaran berat 2000 gram. Ujian saringan awal polis mendapati adalah positif methamphetamine. Nilai semasa dadah adalah RM 300,000.00.

Dengan kejayaan tangkapan ini, pihak polis telah berjaya menyekat aktiviti pengedaran dadah yang didalangi oleh warganegara Pakistan dan tempatan. Pihak polis masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti individu lain yang terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah ini dan punca bekalan dadah yang diperolehi.

Kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur
Kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur
Kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur
Kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur
Kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur

Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 5.30 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.36 PM