Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pemalsuan Pasport Dua Beradik Antara Yang Ditahan

Diterbitkan: 18 Jun 2014 5.29 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.37 PM
Shah Alam, 15 Nov – Polis Kontinjen Selangor berjaya membongkar sindiket pemalsuan pasport di sekitar Ampang. Ini dengan tertangkapnya dua lelaki merupakan adik-beradik dan seorang wanita warganegara ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pemalsuan-pasport-dua-beradik-antara-yang-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:27 MYT

Shah Alam, 15 Nov – Polis Kontinjen Selangor berjaya membongkar sindiket pemalsuan pasport di sekitar Ampang. Ini dengan tertangkapnya dua lelaki merupakan adik-beradik dan seorang wanita warganegara asing yang aktif menjalankan sindiket pemalsuan pasport antarabangsa sejak dua tahun lalu.

Sindiket menggunakan rumah sebagai tempat menjalankan aktiviti pemalsuan dan sindiket ini menawarkan harga sekitar USD200 hingga USD250. Mereka yang ditahan berusia antara 31 hingga 40 tahun.

Pihak polis yang melakukan serbuan turut merampas pelbagai peralatan seperti komputer riba, mesin pencetak dan cap meteri yang digunakan sindiket bagi membuat pasport untuk diedarkan kepada pelanggan. Kes disiasat di bawah Seksyen 473 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek direman selama empat hari bermula hari ini.

Ketua Polis Selangor, Senior DCP Dato' Pahlawan Mohd Shukri b. Dahlan dalam sidang media sama turut memaklumkan bahawa selain daripada sindiket pemalsuan pasport, Polis Selangor turut berjaya membongkar sindiket menggandakan wang yang didalangi oleh warganegara asing. Dalam serbuan yang dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor telah menahan lima lelaki warganegara Afrika yang terlibat secara langsung dalam sindiket ini.

Pada Oktober lalu seorang kontraktor telah diperdaya oleh sindiket supaya menyerahkan wang untuk digandakan dengan menggunakan makhluk halus dan akan menerima gandaan wang USD100 juta. Mangsa yang berjaya diperdayakan mengalami kerugian hampir RM150 ribu.

Ketua Polis Selangor menasihatkan kepada orang ramai supaya jangan mudah mempercayai kepercayaan karut seperti ini dan segala apa yang ditawarkan kepada kita harus difikirkan berkali-kali. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek direman selama 14 hari.

Pemalsuan Pasport Dua Beradik Antara Yang Ditahan
Pemalsuan Pasport Dua Beradik Antara Yang Ditahan
Pemalsuan Pasport Dua Beradik Antara Yang Ditahan
Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 5.29 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.37 PM