Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kejayaan Jsjk Menumpaskan Sindiket Penipuan Kewangan Di Kawasan Lembah Klang

Diterbitkan: 11 Jun 2014 6.53 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Usaha yang gigih telah membuahkan hasil oleh sepasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman (JSJK). Bermula 9 September 2011 hingga 12 September 2011 pasukan ini sudah mengesan serta men..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kejayaan-jsjk-menumpaskan-sindiket-penipuan-kewangan-di-kawasan-lembah-klang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:17 MYT

Bukit Aman, 14 Sept. 2011 - Usaha yang gigih telah membuahkan hasil oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman (JSJK). Bermula 9 September 2011 hingga 12 September 2011, pasukan ini sudah menyiasat, mengesan serta berjaya menangkap dan sekaligus membanteras sindiket penipuan kewangan (Financial Fraud) menggunakan teknik phishing"Hijack" kad sim pemilik telefon. Sindiket penipuan ini didalangi oleh warganegara Afrika yang beroperasi di sekitar Lembah Klang.

Berdasarkan modus operandi, sindiket ini mendapatkan maklumat perbankan internet mangsa seperti Usernama, ID Password dan Nombor Telefon dengan menggunakan teknik phishing, iaitu cubaan penipuan yang boleh dibuat melalui e-mel, untuk mencuri maklumat peribadi mangsa. Setelah sindiket ini memperolehi kesemua maklumat tersebut, sindiket ini akan membuat pemindahan wang dari akaun mangsa ke akaun pihak ketiga (beneficiary account) melalui perbankan  internet ataupun melalui perkhidmatan Western Union tanpa pengetahuan mangsa.


Hasil siasatan polis mendapati sindiket ini mula beroperasi mulai awal tahun 2011. Setelah mendapat maklumat dari perbankan internet, ahli sindiket akan membuat panggilan kepada pemilik akaun dan seterusnya menelefon mangsa. Mereka akan menyamar sebagai pekerja syarikat telekomunikasi dan memberitahu kononnya talian telekomunikasi yang digunakan oleh mangsa akan mengalami gangguan perkhidmatan selama kira-kira dua jam atas kerja-kerja menaiktaraf.

Setelah menelefon mangsa, ahli sindiket akan hadir ke mana-mana cawangan syarikat telekomunikasi yang berkaitan bertujuan untuk mendapatkan gantian kad sim tanpa diketahui oleh pemilik sebenar. Kebiasaanya ahli sindiket akan ke syarikat telekomunikasi yang berkaitan ketika waktu urusniaga sudah mahu berakhir. Bagi mendapatkan kad sim tersebut, ahli sindiket akan memperdayakan pekerja syarikat telekomunikasi berkaitan dengan mengemukakan dokumen-dokumen palsu seperti berikut :-
1) Laporan Polis yang dibuat / direkacipta sendiri oleh sindiket ;
2) Salinan Kad Pengenalan sebagai penyamaran ; dan
3) Surat Memberi Kuasa yang dipalsukan, siap ditandatangani oleh pemilik telefon.  

Serbuan telah dibuat di lokasi yang telah dikenalpasti di Kawasan Millenium Square, Seksyen 14, Petaling Jaya, Selangor, pada 10 September 2011 dan 12 September 2011 oleh pegawai dan anggota JSJK Bukit Aman yang diketuai oleh ACP Kamarudin bin Md Din, Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia JSJK Bukit Aman.   

Hasil dari serbuan tersebut, pihak polis telah berjaya menangkap tujuh orang ahli sindiket yang terdiri daripada :-
1) Seorang lelaki warganegara Sierra Leonne ;
2) Seorang lelaki warganegara Jordan ;
3) Seorang lelaki warganegara Pakistan ;
4) Seorang lelaki tempatan berbangsa India ;
5) Tiga perempuan tempatan (2 berbangsa India), (1 berbangsa Cina).

Kesemua mereka berumur lingkungan 20 hingga 27 tahun. Dengan tertangkapnya ahli-ahli sindiket ini, pihak polis telah berjaya menyelesaikan sebanyak 12 kes yang telah dilaporkan dengan nilai kerugian berjumlah RM 242,321.14.

Hasil rampasan terdiri daripada :-
1) beberapa set komputer berserta router & adaptor ;
2) buku-buku akaun simpanan pelbagai bank ;
3) kad sim ;
4) kad mikro pelbagai syarikat telekomunikasi ;
5) laptop ;
6) thumb drive ; 
7) salinan kad pengenalan ;
8) salinan report polis ; dan
9) kad kredit pelbagai bank.

Turut hadir di sidang media, YDH CP Dato' Wira Syed Ismail bin Syed Azizan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), YDH SAC Dato' Hasnan bin Hassan, Ketua Penolong Pengarah Siasatan II JSJK, YDH ACP Mohd Kamaruddin bin Md Din, Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Siber dan Multimedia JSJK, YDH ACP Rohaimi bin Md Isa, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Pegawai-pegawai Kanan JSJK, anggota polis serta wakil-wakil media.

 
Kejayaan Jsjk Menumpaskan Sindiket Penipuan Kewangan Di Kawasan Lembah Klang
Penerangan daripada YDH CP Dato' Wira Syed Ismail bin Syed Azizan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK)
Kejayaan Jsjk Menumpaskan Sindiket Penipuan Kewangan Di Kawasan Lembah Klang

Kejayaan Jsjk Menumpaskan Sindiket Penipuan Kewangan Di Kawasan Lembah Klang


Kejayaan Jsjk Menumpaskan Sindiket Penipuan Kewangan Di Kawasan Lembah Klang

Kejayaan Jsjk Menumpaskan Sindiket Penipuan Kewangan Di Kawasan Lembah Klang


Kejayaan Jsjk Menumpaskan Sindiket Penipuan Kewangan Di Kawasan Lembah Klang


Kejayaan Jsjk Menumpaskan Sindiket Penipuan Kewangan Di Kawasan Lembah Klang


Kejayaan Jsjk Menumpaskan Sindiket Penipuan Kewangan Di Kawasan Lembah Klang

Kejayaan Jsjk Menumpaskan Sindiket Penipuan Kewangan Di Kawasan Lembah Klang
Antara hasil rampasan.

Wartawan : L/Kpl Muhammad Lokmanul Hakim bin S.Nor
Jurufoto : L/Kpl Muhammad Lokmanul Hakim bin S.Nor & L/Kpl Helmi Saadin
Penyunting : ASP Foo C.S
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 6.53 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM