Beret Kehormat Kepada Pengarah Jabatan Kdn Ka
Ipoh
- 14 September 2011. Bertempat di Lapang Sasar PGA Ulu Kinta, Ipoh,
Perak pada pagi ini, YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan
Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) telah
mengadakan Lawatan Kerja ke Unit 69 Komando, Pasukan Gerakan Khas, Ulu
Kinta.
Ketibaan
beliau telah disambut oleh YDH DCP Dato' Muhammad Fuad bin Abu Zarim,
Timbalan Pengarah KDN/KA (Pasukan Gerakan Am/Pengurusan Sempadan/Kawalan
Keselamatan Lapangan Terbang Antarabangsa), YDH SAC Azizan bin Abd
Aziz, Komander 69 Komando, Pegawai-pegawai Unit 69 Komando serta
Pegawai-pegawai Kanan PDRM.
Bersempena
dengan Lawatan Kerja ini, telah di adakan juga Majlis Penyampaian Beret
Kehormat 69 Komando kepada YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid.
Beret
kelabu pasir atau 'sand brown' adalah simbol kebanggaan dan
persaudaraan antara anggota 69 Komando. Beret perang ini adalah unik
kepada 69 Komando kerana ia melambangkan asal usul unit yang dilatih dan
dibentuk oleh salah satu unit pasukan khas tersohor dunia, iaitu
pasukan 22 Special Air Service (SAS} Britain.
Beret
perang ini telah dianugerahkan kembali kepada 69 Komando pada 18
Disember 2004 oleh mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Omar
sebagai penghormatan serta pengiktirafan kepada segala pengorbanan
serta perjuangan yang telah dicurahkan mereka selama ini kepada negara
tercinta.
YDH
CP Dato' Salleh juga menerima sebilah pisau khas buatan Glock, yang
merupakan satu lagi identiti unik kepada 69 Komando. Pisau Khas ini
mempunyai lakaran laser logo pasukan khas tersebut di bahagian pangkal
matanya.

Ketibaan
YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam
Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) di Lapang Sasar PGA , Ulu Kinta.

Membalas tabik hormat...

Di sambut dengan 'War Chant'...

Persembahan 'War Chant'

Menyaksikan pertunjukkan kemahiran 69 Komando

Ahli-ahli PERKEP bersama Pengerusi PERKEP Jabatan KDN/KA (dua dari kanan)

Anggota 69 Komando yang terlibat di dalam pertunjukkan kemahiran 69 Komando

Gimik pembawa beret 69 Komando

YDH DCP Dato' Muhammad Fuad bin Abu Zarim memakaikan beret 69 Komando kepada YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid

Beret kelabu pasir, kebanggaan 69 Komando

Di anugerahkan juga pisau khas, elit 69 Komando

Mencuba senjata terbaru, raifal Accuracy Internasional AW untuk penembak tepat atau sniper

Melihat
sasaran melalui pejera teleskopik, YDH Dato' berjaya menembak dengan
tepat ke arah sasaran sejauh lebih kurang 300 meter.

Menandatangani Buku Pelawat sebelum beredar dari majlis...
Wartawan : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Jurufoto : Sjn Zaiddin Dahalan dan L/Kpl Edwind Indo