Hancurkan Petualang Negara Biarpun Diriku Tiada Lagi
Ulu Kinta, Ipoh - 15 September 2011
"Teruskan perjuanganmu! Hancurkan petualang negara, buru dan hancurkan mereka.. Biarpun diriku tiada lagi" kata-kata
terakhir ASP Mohd Zabri Abd Hamid diucapkan semula oleh YDH DIG Dato'
Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara di dalam Majlis
Pelancaran Buku 69 Komando PDRM.
Allahyarham ASP Mohd Zabri Abd Hamid, merupakan Pegawai Perintis 69 Komando yang telah terkorban dalam Operasi Bamboo 6 di
Sungai Kenerong, Perak pada 4 September 1975. Kata-kata terakhir ASP
Mohd Zabri inilah telah menjadi azimat dan membakar semangat
anggota-anggota 69 Komando untuk menghapuskan gerila Malayan National Liberation Army (MNLA), dimana gerila ini mendokong ideologi Komunis di bawah Parti Komunis Malaya.
Penerbitan
sulung buku 69 Komando PDRM memberikan gambaran dan maklumat menyeluruh
mengenai sejarah penubuhan, peranan, kejayaan profesional, kepakaran,
serta kemahiran 69 Komando semasa darurat. Buku 69 Komando PDRM turut
menjadi satu nukilan yang terpahat di dalam sejarah gemilang pasukan
khas PDRM. Sejarah ini didokumentasikan di dalam bentuk gambar yang
unik, berasaskan kisah benar serta jerih-perih dan pahit-maung seorang
pejuang digelar perwira. Jesteru itu, melalui buku ini, masyarakat dan
warga PDRM khasnya, dapat menghayati evolusi pasukan khas ini semenjak
penubuhannya. Penerbitan secara dwibahasa, iaitu Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris, membolehkan ia dihayati oleh pembaca-pembaca
antarabangsa, disamping dijadikan sumber rujukan sejarah.
Majlis
pelancaran yang berlangsung di Lapang Sasar PGA, Ulu Kinta pagi ini,
telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein,
Menteri Dalam Negeri.
Turut hadir, YB Dato' Hajjah Rusnah binti
Kassim, ADUN Bahagian Ulu Kinta, YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid,
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, YDH CP
Dato' Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi
Counter/Terrorism), YDH CP Dato' Wira Syed Ismail bin Syed Azizan,
Pengarah JSJ Komersil, YDH DCP Dato' Mohd Shukri bin Dahlan, Ketua Polis
Perak, YDH DCP Dato' Wira Muhammad Sabtu bin Osman, Timbalan Pengarah
Jabatan KDN/KA (Kepolisan/ Pencegahan Jenayah), YDH P/DCP Dato'
Muhammad Fuad bin Abu Zarim, Timbalan Pengarah KDN/KA (Pasukan Gerakan
Am/Pengurusan Sempadan/Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang
Antarabangsa), YDH SAC Dato' Abd Rashid bin Harun, Timbalan Pengarah
KDN/KA (Pasukan Gerakan Khas), YDH SAC Azizan bin Abd Aziz, Komander 69
Komando, YDH Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Polis dan Ketua-Ketua Polis Negeri,
Pegawai-pegawai Kanan serta anggot-anggota Polis, wakil media dan
tetamu jemputan.
"Kesempatan ini, saya mengucapkan jutaan terima
kasih dan syabas kepada Encik Muhammad Fuad Mat Noor, Pengarang Majalah
TEMPUR kerana dengan usaha gigih dan inisiatif beliau bersama-sama
pegawai-pegawai Unit 69 Komando telah berjaya menerbitkan edisi pertama Buku 69 Komando PDRM. Saya
berharap agar buku ini dapat dipustakai oleh setiap kontinjen PDRM.
Akhir kata, semoga penerbitan ini dapat dijadikan iktibar kepada
generasi mendatang agar mereka tidak leka dengan keamanan dan kemewahan
pada hakikatnya telah dibayar harganya dalam bentuk keringat, air mata
dan darah oleh pejuang-pejuang terdahulu", ucapan YDH Timbalan Ketua Polis Negara.
"Seperti
juga namanya, semua pegawai di Unit 69 Komando ini mampu terbang megah
bagai helang di udara, merangkak gagah bagai harimau di hutan serta
menyelam senyap bagai jerung di lautan. Kemampuan mental dan ketahanan
fizikal yang membolehkan mereka bersedia pada bila-bila masa untuk
berjuang demi kedaulatan negara adalah satu nilai yang tidak dapat
diukur dengan material", ucap YB Menteri Dalam Negeri semasa ucapan
pelancaran Buku 69 Komando PDRM
"Tentulah kita dapat bayangkan
bagaimana perasaan setiap daripada anggota ini ketika menjalani operasi
mereka. Namun semangat juang mereka adalah terlalu tinggi hinggakan di
ambang maut sekalipun ada yang berpesan kepada rakan seperjuangannya
untuk meneruskan perjuangan menghapuskan pengganas komunis. Atas
kesedaran ini, saya melihat usaha penerbitan buku ini memberikan
gambaran sebenar jerih-perih dan perjuangan sebuah unit elit. Saya
menyeru kepada golongan remaja untuk menghayati buku ini. Dengan adanya
penerbitan buku ini diharapkan dapat membuka mata masyarakat untuk
menilai yang manakah permata dan yang mana kaca dalam lipatan sejarah
negara", akhiri ucapan oleh YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein,
Menteri Dalam Negeri.
Sempena Majlis Pelancaran Buku 69 Komando
PDRM, YB Menteri Dalam Negeri juga telah menyampaikan bantuan kewangan
kepada Persatuan Veteran 69 Komando.
Tetamu juga telah dipertontonkan kemahiran anggota 69 Komando di dalam sketsa menyelamatkan tebusan.

Kempen tandatangan membantah kenyataan Mohamad Sabu oleh veteran 69 Komando...

Berjumpa rakan-rakan seperjuangan semasa menghadiri Pelancaran Buku 69 Komando PDRM

Ketibaan YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara

Ketibaan YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri.

Menerima Hormat Menteri...

Persembahan 'War Chant'...

Ucapan oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara
Pertunjukkan Kemahiran 69 Komando

Sekumpulan pengganas bersenjata menawan 2 orang VVIP untuk di jadikan tebusan ...

Pasukan
Long Range Recon Patrol 69 Komando seramai 6 orang trooper telah
diaturgerakkan menggunakan hantaran payung terjun secara terjunan
taktikal di altitud tinggi dan jauh dari sasaran

Bantuan 'back up trooper' untuk menggempur kubu musuh melalui kaedah hover jump dari helikopter

Bergabung
menggempur kubu musuh...serangan Tempur Jarak Dekat atau Close Quarter
Battle (CBQ) berjaya menyelamatkan seorang tebusan

Situasi
menyelamat tebusan VVIP dengan menghantar 3 Team Sniper melalui
hantaran udara, permukaan air dan di bawah air. Hantaran udara
menggunakan paramotor...

2
anggota team sniper menggunakan kayak klepper buatan Jerman. Kayak ini
diperbuat dari kanvas dan mempunyai rangka yang mantap serta sukar
terbalik dan istimewanya, kayak ini ialah dari sistem buka pasang.

Penyelam
menggunakan alat Close Circut Breathing Apparatus (CCBA), tidak
mengeluarkan buih, lebih ringan dan penyelam boleh berada dalam tempoh
yang lama di dalam air...

Siap
sedia...Sniper bermaksud seorang anggota infantri yang terpilih dan
terlatih sebagai penembak tepat dan peninjau, mahir dalam penyamaran di
dalam zon musuh dan mampu membunuh musuh dengan satu tembakan.

Serentak
dengan cetusan tembakan sniper, team pengempur melakukan serangan serta
merta dengan kenderaan serangan dalam tempur jarak dekat.

Menumpaskan pengganas untuk membebaskan tebusan dengan selamat...

Team penerima tebusan siap sedia untuk membawa tebusan keluar...

Tebusan VVIP dibawa dengan pantas, keluar dari kubu pengganas

Persiapan membawa tebusan keluar dengan menggunakan kaedah Special Insertion And Extraction atau SPIE RIG

Tebusan dibawa keluar dengan pantas ke tempat selamat...

Gimik Pelancaran Buku 69 Komando PDRM

Buku 69 Komando PDRM

Ucapan oleh YB Menteri Dalam Negeri

Penyampaian
bantuan kewangan kepada Persatuan Veteran VAT 69 Komando PGK yang
diwakili oleh ACP Ishak Yahya (Bersara), Pengerusi Persatuan Veteran Vat
69 Komando PGK

Cenderahati, Beret kelabu pasir atau 'sand brown' kepada YB Menteri Dalam Negeri

Cenderahati daripada warga 69 Komando Pasukan Gerakan Khas...

Tembak sniper oleh YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri

Bergambar kenangan...

YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri bergambar kenangan bersama veteran-veteran 69 Komando

Bersemangat sekali veteran-veteran 69 Komando

Bersama paramedik 69 Komando...

Melawat gerai-gerai pameran peralatan 69 Komando
Wartawan : L/Kpl Edwind Indo
Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan dan L/Kpl Edwind Indo
Penyunting : Sjn Zaiddin bin Dahalan