Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kejayaan Demi Kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pdrm Menumpaskan Sindiket Pengedaran Dadah

Published: 11 Jun 2014 1.59 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kejayaan terbaru ini adalah hasil daripada kegigihan usaha JSJN dan bantuan maklumat berterusan daripada orang ramai bagi memastikan penyeludupan dadah ke negara ini terus dibendung...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kejayaan-demi-kejayaan-jabatan-siasatan-jenayah-narkotik-pdrm-menumpaskan-sindiket-pengedaran-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:47 MYT

Bukit Aman , 7 April 2011 - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) PDRM telah berjaya menumpaskan satu lagi sindiket pengedaran dadah yang didalangi warganegara asing semalam.

Serbuan di sebuah rumah kedai di Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor membuahkan hasil dengan tertangkapnya 2 lelaki warganegara Pakistan berumur 28 dan 30 tahun dan rampasan dadah jenis 'high-grade heroin' berjumlah RM110 juta.

Hasil serbuan juga mendapati suspek menggunakan kaedah dadah yang ditutupi selimut dan cadar 'comforter' untuk mengaburi prosedur pemeriksaan barang yang dibawa masuk ke negara ini melalui jalan laut.

Dadah-dadah ini juga dipercayai diseludup untuk diagih dan dipasarkan kepada sindiket warganegara Afrika di negara ini dan juga untuk pasaran di luar Malaysia. 

Kesemua tangkapan sedang disiasat di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Kejayaan terbaru ini adalah hasil daripada kegigihan usaha JSJN dan bantuan maklumat berterusan daripada orang ramai bagi memastikan penyeludupan dadah ke negara ini terus dibendung.


Kejayaan Demi Kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pdrm Menumpaskan Sindiket Pengedaran Dadah
YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah JSJN semasa mengendalikan sidang media bersama wartawan di Bukit Aman.  

Kejayaan Demi Kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pdrm Menumpaskan Sindiket Pengedaran Dadah
TERBONGKAR...YDH CP Datuk Noor Rashid menerangkan kaedah dan helah dadah ini disembunyikan. 

Kejayaan Demi Kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pdrm Menumpaskan Sindiket Pengedaran Dadah
Antara dadah-dadah yang berjaya dirampas semasa serbuan.

Kejayaan Demi Kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pdrm Menumpaskan Sindiket Pengedaran Dadah
Kesemua barang rampasan yang dipamerkan pada sidang media JSJN.



Wartawan      :    Konst Irfan bin Bujang    
Jurufoto        :    L/Kpl Muhammad Lukmanul Hakim
Penyunting    :    Insp. Md Aruwan bin Amilah

ArticlePublished 11 Jun 2014 1.59 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM