Artikel
Kasih Sayang Kepada Masyarakat Simbolik Sempena Program Lawatan Kpn Ke Hospital Serdang
Sempena peringatan hari polis ke-204, satu program lawatan Hospital oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara ke Hospital Serdang, Selango...
Selangor - 7 April 2011
Sempena Peringatan Hari Polis Ke-204 Tahun, satu program lawatan hospital oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara ke Hospital Serdang, Selangor telah berlangsung pagi tadi.
'Kasih Sayang Kepada Masyarakat' merupakan mesej yang dibawa di dalam lawatan pagi ini. Pada masa yang sama juga, program ini memberi peluang kepada rombongan dari PDRM dan Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) untuk mengetahui dengan lebih dekat lagi perkembangan perkhidmatan kesihatan hospital berkenaan.
Hadir dalam program lawatan ini adalah YDH CP Dato' Robiah binti Abd Ghani, Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Peringatan Hari Polis Ke-204, YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, YDH CP Dato' Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi Counter/Terrorism), Y.Bhg. Dato' Dr. Ardi bin Haji Awang, Pengarah Hospital Serdang, Y.Bhg En. Mohammad bin Mat Yusof, Timbalan Pengarah Pengurusan Hospital Serdang, Y.Bhg. Dr. Rohana binti Johan, Timbalan Pengarah Perubatan Hospital Serdang, YDH Dato'-Dato' Timbalan Pengarah PDRM, Y.Bhg. Puan Sri Hajjah Suriati binti Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia, , Y.Bhg Pengerusi-pengerusi Jabatan Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), Y.Bhg Ketua-ketua Jabatan Hospital Serdang, Ahli Jawatankuasa Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) PDRM, Pegawai-pegawai Kanan Polis, kakitangan Hospital Serdang dan wakil-wakil media.
Kesihatan merupakan harta yang paling berharga. Tanpa kesihatan yang baik, tanggungjawab sebagai pelindung nyawa dan harta benda seluruh masyarakat negara ini tidak akan mampu dilaksanakan dengan berkesan. Secara tidak langsung, kedua-dua buah agensi ini saling memerlukan antara satu dengan yang lain.
Dari Januari hingga 30 Mac 2011, seramai 26 orang pesakit yang terdiri daripada pegawai, anggota, pegawai awam dan juga ahli keluarga PDRM telah menerima rawatan di Hospital Serdang ini. Realitinya, sepanjang tahun 2010, sebanyak 657 kes yang melibatkan sakit jantung telah direkodkan. Pada tempoh yang sama, sebanyak 111 kes kematian telah dicatat.
"Berasaskan kepentingan kepada pencegahan penyakit dan membudayakan gaya hidup sihat di kalangan warga PDRM serta keluarga, pada 26 Mac 2011 lalu, PDRM telah melancarkan program Gaya Hidup Sihat dengan harapan untuk mencapai wawasan 'Polis Sihat Masyarakat Selamat'.
"Rumusannya saya ingin menyeru kepada seluruh warga PDRM serta para hadirin, supaya mengamalkan cara hidup sihat serta beriadah pada setiap masa sesuai berkonsepkan "balance life", YDH Ketua Polis Negara mengakhiri ucapan balas Y.Bhg Pengarah Hospital Serdang.

YDH Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan YDH Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi Counter/Terrorism) menunggu ketibaan YDH Ketua Polis Negara

YDH Pengarah Pengurusan PDRM bersama Y.Bhg. Pengarah Hospital Serdang

Ketibaan YDH Ketua Polis Negara disambut oleh Y.Bhg. Pengarah Hospital Serdang

Turut menyambut ketibaan YDH Ketua Polis Negara adalah kakitangan Hospital Serdang

Y.Bhg. Pengarah Hospital Serdang bersama YDH Ketua Polis Negara di dalam bilik tetamu.

Dari kiri... Y.Bhg En. Mohammad bin Mat Yusof, Timbalan Pengarah Pengurusan Hospital Serdang, Y.Bhg. Dato' Dr. Ardi bin Haji Awang, Pengarah Hospital Serdang, YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara, Y.Bhg. Puan Sri Hajjah Suriati binti Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia dan Y.Bhg. Dr. Rohana binti Johan, Timbalan Pengarah Perubatan Hospital Serdang.

Antara yang hadir program lawatan pagi ini

Ucapan daripada Y.Bhg. Pengarah Hospital Serdang

Ucapan balas daripada YDH Ketua Polis Negara

Penyampaian sumbangan PDRM kepada Hospital Serdang berupa enam buah kerusi roda

Cenderahati daripada Ketua Polis Negara

Pertukaran cenderamata kenangan di antara YDH Ketua Polis Negara dan Y.Bhg. Pengarah Hospital Serdang

Koir gabungan daripada PDRM dan Hospital Serdang

Penyampaian sumbangan daripada PERKEP Malaysia berupa satu set sofa, LCD Screen Television dan VCD Player bagi kegunaan wad 5B
Lawatan dan penyampaian sumbangan ke wad Pediatrik 5A dan 5B

Wartawan : L/kpl Edwind Indo
Jurufoto : L/kpl Khaidzir bin Mahamad
Penyunting : PF Siti Fatimah binti Abdul Manan