Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keadaan Pulapol Normal Dan Dalam Keadaan Baik

Diterbitkan: 11 Jun 2014 1.41 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Sukacitanya dimaklumkan keadaan PULAPOL Kuala Lumpur adalah normal dan dalam keadaan baik,' ucap YDH Tan Sri Hj Ismail Bin Hj Omar di sidang media selepas mengadakan lawatan mengejut di sekitar Kawas..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keadaan-pulapol-normal-dan-dalam-keadaan-baik
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:11 MYT

PULAPOL Kuala Lumpur, 1 April 2011

"Sukacitanya dimaklumkan keadaan PULAPOL Kuala Lumpur adalah normal dan dalam keadaan baik," ucap YDH Tan Sri Hj Ismail Bin Hj Omar di sidang media selepas mengadakan lawatan mengejut di sekitar Kawasan PULAPOL Kuala Lumpur.

Beliau  juga berkata setakat ini hanya seorang pelatih PULAPOL yang sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur dan ditempatkan di wad biasa, manakala enam lagi menjalani pengasingan," katanya.

"Keadaan di PULAPOL normal, tidak lama lagi latihan asas inspektor dan konstabel akan diteruskan. Saya telah meninjau langkah yang telah diambil oleh pihak Komandan Pulapol untuk menentukan persekitaran di pusat latihan itu adalah bersih," ujarnya lagi.

Di dalam sidang media ini juga, beliau juga telah memaklumkan siasatan  rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pembangkang  adalah di peringkat akhir dan pihak polis telah menerima laporan kesahihan video tersebut itu adalah tulen daripada pakar yang melakukan pemeriksaan terhadap video berkenaan.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti pelaku dalam video seks terbabit serta kertas siasatan berhubung kes itu akan dihantar ke Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya.

Katanya setakat ini seramai tiga individu telah ditahan namun dilepaskan dengan jaminan polis.

Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan identiti ketiga-tiga individu tersebut namun memberitahu polis akan memanggil sesiapa sahaja yang boleh membantu siasatan berkaitan kes itu.

Keadaan Pulapol Normal Dan Dalam Keadaan Baik 
Sidang Media YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.

Keadaan Pulapol Normal Dan Dalam Keadaan Baik
YDH Ketua Polis Negara bersama YDH SAC Zulkifli bin Mohamed, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur.

Keadaan Pulapol Normal Dan Dalam Keadaan Baik
Antara jemputan media yang hadir.

Wartawan : L/Kpl Shahreel bin Shariman
Jurufoto  : L/Kpl Khaidzir bin Mahmad
Penyunting : Insp Md Aruwan bin Amilah @ Harun

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 1.41 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM