Artikel
Pertandingan Menembak Sempena Hari Kor Kadet Ke 41
Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh (Cawangan Hal Ehwal Awam) telah mengadakan pertandingan menembak M-16 bagi Kor Kadet Polis dalam daerah Polis Ipoh. Sejumlah 28 b...
Ipoh, 28 Mac 2011 - Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh (Cawangan Hal Ehwal Awam) telah mengadakan pertandingan menembak M-16 bagi Kor Kadet Polis dalam daerah Ipoh. Sejumlah 28 buah sekolah telah terlibat secara langsung. Bagi kategori guru, setiap sekolah telah menghantar wakil seramai (3) orang manakala kategori kadet seramai (10) orang pelajar terlibat.
Acara menembak ini adalah aktiviti bersama antara IPD Ipoh dengan PPD Kinta (Utara). Pertandingan telah diadakan selama (2) hari iaitu dari 26 Mac hingga 27 Mac 2011 di Lapang Sasar, PGA Ulu Kinta, Ipoh. Seramai 10 pelajar dan 6 guru telah dikenal pasti untuk mewakili daerah Ipoh ke pertandingan Peringkat Kontinjen Perak. Memeriahkan acara, wakil dari PPD Kinta (Utara) iaitu Timbalan PPD Kinta, Tengku Hamzah telah hadir bersama dan menyampaikan beberapa amanat kepada semua yang terlibat.

Taklimat ringkas mengenai peraturan-peraturan di lapang sasar.
Penerangan oleh jurulatih cara-cara menembak yang betul.
Jurulatih menunjukkan sasaran.
Peserta siap untuk melakukan tembakan.
Berita : HEA IPD Ipoh
Gambar : HEA IPD Ipoh
Penyunting : F29 Siti Fatimah binti Abdul Manan