Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tempoh 7 Tahun Saksi Kecemerlangan Dalam Menggalas Tanggungjawab Menjaga Keselamatan Vvip Dan Masyar

Diterbitkan: 11 Jun 2014 1.40 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pegawai dan anggota kerana selama ini anda semua telah berjaya melaksanakan tanggungjawab dan peranan masing-masing dengan j..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tempoh-7-tahun-saksi-kecemerlangan-dalam-menggalas-tanggungjawab-menjaga-keselamatan-vvip-dan-masyar
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 22:08 MYT

Cheras , 1 April 2011

"Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pegawai dan anggota kerana selama ini anda semua telah berjaya melaksanakan tanggungjawab dan peranan masing-masing dengan jayanya, tanpa sebarang insiden atau kejadian besar yang boleh menjejaskan keselamatan VVIP yang kita kawal dan masyarakat sekelilingnya," ujar YDH Supt Amir Hassan bin Bistamam, Pegawai Pemerintah Batalion 19 (BN 19) Pasukan Gerakan Am (PGA) hari ini.

Berucap sempena Perbarisan Ulang Tahun Ke 7 Penubuhan BN 19 PGA di dataran kawad, Markas Briged Tengah PGA Cheras, beliau menjelaskan walaupun penugasan BN 19 ini menjurus kepada kawalan keselamatan di kediaman-kediaman menteri, pejabat-pejabat kedutaan asing dan kediaman-kediaman VVIP, tugas mencegah jenayah dan ketenteraman awam tidak boleh disisihkan, selari dengan misi pasukan, 'Memberi Perkhidmatan Profesional Dan Berkualiti Dalam Melindungi Negara Dan Menjamin Persekitaran Yang Selamat Bagi Masyarakat'.

Sehubungan itu, beliau menambah, dalam mencapai visi dan misi pasukan, integrasi dan kolaborasi merupakan pendekatan strategik yang perlu diketengahkan untuk meningkatkan keupayaan professional pasukan.

Upacara perbarisan pada hari ini turut menyaksikan Majlis Sumbangan Wang Pakatan Khairat Kematian dan Insurans kepada balu dan waris-waris anggota BN 19 yang telah meninggal dunia dalam tempoh perkhidmatan mereka.

Selain itu, perjalanan upacara perbarisan ini juga diselangi dengan majlis penyerahan sijil pengesahan jawatan konstabel yang diwakili oleh pegawai-pegawai dari Kompeni A, B dan D BN 19 PGA.

Mengimbas kembali sejarah penubuhan BN 19, ekoran daripada pembangunan pesat negara dalam pelbagai bidang serta bagi menangani gejala jenayah, sosial serta amcaman terhadap VVIP, pada 23 Julai 2003, Perdana Menteri dalam mesyuarat post kabinet telah bersetuju supaya ditubuhkan satu pasukan kawalan keselamatan VVIP yang cekap, terlatih serta terdiri daripada pegawai dan anggota polis yang berkeupayaan tinggi.

Batalion ini mula mengambil alih tugas kawalan keselamatan kediaman VVIP dan sasaran penting daripada Cawangan Pengawal Pengiring, Kontinjen Kuala Lumpur pada 2 Julai 2004 secara berperingkat-peringkat.

Sehingga kini, batalion ini terus mengorak langkah maju ke hadapan dengan tugas dan tanggungjawab yang semakin mencabar.

Tanggal 25 Mac 2007, batalion ini sekali lagi mencatat sejarah apabila dianugerahkan Panji-Panji DiRaja oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Dataran Merdeka sempena Sambutan Hari Polis ke 200 Tahun.

Pada ketika itu, panji-panji BN 19 PGA telah diterima oleh Y.Bhg Supt. Ahmad Amir bin Mohd Hasim, mantan pegawai pemerintah batalion bersama pegawai dan anggota BN 19 PGA dan diarak dengan menunggang kuda bersama-sama dengan 17 Panji-panji Batalion PGA yang lain.

Detik bersejarah tersebut juga dirakam dan disiarkan secara langsung ke seluruh negara melalui RTM dan TV3.

Hari ini, genaplah 7 tahun penubuhan batalion ini dan ianya bernaung di bawah Komander Briged Tengah PGA dan berpangkalan di Markas Briged Tengah Cheras, Selangor.

Mempunyai kekuatan seramai 36 pegawai kanan dan 1024 anggota serta 8 kakitangan awam, batalion ini diketuai YDH Supt. Amir Hassan bin Bistamam selaku Pegawai Pemerintah dibantu oleh dua orang Penolong Pegawai Pemerintah iaitu YDH DSP Manoraj a/l Appookutty, Penolong Pegawai Pemerintah (Operasi) dan YDH DSP Mohd Taufik bin Maidin, Penolong Pegawai Pemerintah (Pentadbiran).

Tempoh 7 Tahun Saksi Kecemerlangan Dalam Menggalas Tanggungjawab Menjaga Keselamatan Vvip Dan Masyar
Antara Pegawai-pegawai Kanan yang hadir.

Tempoh 7 Tahun Saksi Kecemerlangan Dalam Menggalas Tanggungjawab Menjaga Keselamatan Vvip Dan Masyar
hadir sama...PERKEP Batalion 19.

Tempoh 7 Tahun Saksi Kecemerlangan Dalam Menggalas Tanggungjawab Menjaga Keselamatan Vvip Dan Masyar
Kawalan Kehormatan masuk ke dalam medan perbarisan.

Tempoh 7 Tahun Saksi Kecemerlangan Dalam Menggalas Tanggungjawab Menjaga Keselamatan Vvip Dan Masyar
Ketibaan YDH Pegawai Pemerintah Batalion 19 diiring oleh YDH DSP Manoraj a/l Appookutty, Penolong Pegawai Pemerintah (Operasi) dan YDH DSP Mohd Taufik bin Maidin, Penolong Pegawai Pemerintah (Pentabdiran)

Tempoh 7 Tahun Saksi Kecemerlangan Dalam Menggalas Tanggungjawab Menjaga Keselamatan Vvip Dan Masyar
YDH Pegawai Pemerintah Batalion 19 memberi tabik hormat kepada Kawalan Kehormatan.

Tempoh 7 Tahun Saksi Kecemerlangan Dalam Menggalas Tanggungjawab Menjaga Keselamatan Vvip Dan Masyar
Pemeriksaan Baris oleh YDH Pegawai Pemerintah Batalion 19 diiringi oleh Pegawai Pemerintah Baris.

Tempoh 7 Tahun Saksi Kecemerlangan Dalam Menggalas Tanggungjawab Menjaga Keselamatan Vvip Dan Masyar
Antara Detachment yang hadir.

Tempoh 7 Tahun Saksi Kecemerlangan Dalam Menggalas Tanggungjawab Menjaga Keselamatan Vvip Dan Masyar
Hadir sama jemputan khas iaitu penerima sumbangan waris anggota yang telah meninggal dunia.

Tempoh 7 Tahun Saksi Kecemerlangan Dalam Menggalas Tanggungjawab Menjaga Keselamatan Vvip Dan Masyar
Ucapan dan amanat oleh YDH Supt Amir Hassan bin Bistamam, Pegawai Pemerintah Batalion 19.

Pegawai Kanan menerima menerima sijil pengesahan jawatan bagi mewakili Konstabel kompeni  A, B dan D
Tempoh 7 Tahun Saksi Kecemerlangan Dalam Menggalas Tanggungjawab Menjaga Keselamatan Vvip Dan Masyar

Tempoh 7 Tahun Saksi Kecemerlangan Dalam Menggalas Tanggungjawab Menjaga Keselamatan Vvip Dan Masyar

Tempoh 7 Tahun Saksi Kecemerlangan Dalam Menggalas Tanggungjawab Menjaga Keselamatan Vvip Dan Masyar


Tempoh 7 Tahun Saksi Kecemerlangan Dalam Menggalas Tanggungjawab Menjaga Keselamatan Vvip Dan Masyar
Terima sumbangan Wang Pakatan Khairat Kematian dan Insurans... Puan Rosyatimah binti Normin, balu Allahyarham L/kpl Mohd Khairi bin Ab Kadir

Tempoh 7 Tahun Saksi Kecemerlangan Dalam Menggalas Tanggungjawab Menjaga Keselamatan Vvip Dan Masyar
Konstabel Suffiandy bin Sairi, wakil kepada pewaris arwah Konstabel Bryan Maxwell anak Jayub

Tempoh 7 Tahun Saksi Kecemerlangan Dalam Menggalas Tanggungjawab Menjaga Keselamatan Vvip Dan Masyar
Encik Philips Duit, waris kepada arwah Konstabel Athanasuis Maximillian a/k Felix

Tempoh 7 Tahun Saksi Kecemerlangan Dalam Menggalas Tanggungjawab Menjaga Keselamatan Vvip Dan Masyar
Selesai perbarisan pada pagi ini..

Tempoh 7 Tahun Saksi Kecemerlangan Dalam Menggalas Tanggungjawab Menjaga Keselamatan Vvip Dan Masyar
YDH Supt. Amir Hassan bin Bistamam bersama wartawan

Tempoh 7 Tahun Saksi Kecemerlangan Dalam Menggalas Tanggungjawab Menjaga Keselamatan Vvip Dan Masyar
YDH Supt. Amir Hassan bin Bistamam bergambar kenangan bersama Pegawai-pegawai Kanan dan waris keluarga

Tempoh 7 Tahun Saksi Kecemerlangan Dalam Menggalas Tanggungjawab Menjaga Keselamatan Vvip Dan Masyar
Bergambar kenangan bersama Pegawai-pegawai Kanan Polis

Tempoh 7 Tahun Saksi Kecemerlangan Dalam Menggalas Tanggungjawab Menjaga Keselamatan Vvip Dan Masyar
Bergambar kenangan bersama Pengerusi PERKEP Batalion 19

Tempoh 7 Tahun Saksi Kecemerlangan Dalam Menggalas Tanggungjawab Menjaga Keselamatan Vvip Dan Masyar
Bergambar kenangan bersama AJK upacara perbarisan.

Wartawan      :    Konst Irfan bin Bujang
Jurufoto        :    L/Kpl Edwind Indo
Penyunting    :    C/Insp Norsuzila bt Kamaruldin
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 1.40 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM