Keadaan Pulapol Normal Dan Dalam Keadaan Baik
PULAPOL Kuala Lumpur, 1 April 2011
"Sukacitanya dimaklumkan keadaan PULAPOL Kuala Lumpur adalah normal dan dalam keadaan baik," ucap YDH Tan Sri Hj Ismail Bin Hj Omar di sidang media selepas mengadakan lawatan mengejut di sekitar Kawasan PULAPOL Kuala Lumpur.
Beliau juga berkata setakat ini hanya seorang pelatih PULAPOL yang sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur dan ditempatkan di wad biasa, manakala enam lagi menjalani pengasingan," katanya.
"Keadaan di PULAPOL normal, tidak lama lagi latihan asas inspektor dan konstabel akan diteruskan. Saya telah meninjau langkah yang telah diambil oleh pihak Komandan Pulapol untuk menentukan persekitaran di pusat latihan itu adalah bersih," ujarnya lagi.
Di dalam sidang media ini juga, beliau juga telah memaklumkan siasatan rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pembangkang adalah di peringkat akhir dan pihak polis telah menerima laporan kesahihan video tersebut itu adalah tulen daripada pakar yang melakukan pemeriksaan terhadap video berkenaan.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti pelaku dalam video seks terbabit serta kertas siasatan berhubung kes itu akan dihantar ke Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya.
Katanya setakat ini seramai tiga individu telah ditahan namun dilepaskan dengan jaminan polis.
Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan identiti ketiga-tiga individu tersebut namun memberitahu polis akan memanggil sesiapa sahaja yang boleh membantu siasatan berkaitan kes itu.
Sidang Media YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.

YDH Ketua Polis Negara bersama YDH SAC Zulkifli bin Mohamed, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur.

Antara jemputan media yang hadir.
Wartawan : L/Kpl Shahreel bin Shariman
Jurufoto : L/Kpl Khaidzir bin Mahmad
Penyunting : Insp Md Aruwan bin Amilah @ Harun