Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kaunter Saman Trafik Pdrm Dibuka Di Pos Malaysia Berhad Hari Ini

Diterbitkan: 10 Jun 2014 9.52 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Berita gembira kepada seluruh warga Malaysia. Kepada orang ramai yang hendak berurusan berkenaan saman trafik PDRM, perkhidmatan semakan dan bayaran saman PDRM telah dibuka di Pejabat POS Malaysia Ber..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kaunter-saman-trafik-pdrm-dibuka-di-pos-malaysia-berhad-hari-ini
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:19 MYT
Kuala Lumpur - 3 Mac 2011

"Berita gembira kepada seluruh warga Malaysia yang hendak berurusan berkenaan saman trafik PDRM, perkhidmatan semakan dan bayaran saman PDRM telah dibuka di Pejabat Pos Malaysia Berhad di seluruh Malaysia," ujar YDH Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara semasa merasmikan Majlis Menandatangani Perjanjian Dan Pelancaran Pembayaran Saman Trafik Di Kaunter Pos Malaysia petang ini.

Pada amnya kaunter semakan dan bayaran saman PDRM di Pejabat Pos Malaysia Berhad adalah sebanyak 5 cawangan di sekitar Lembah Klang dan sehingga kini, sebanyak 703 cawangan perkhidmatan telah dibuka di seluruh negara. Ini bagi memudahkan orang ramai terutamanya bagi penduduk luar bandar agar tidak perlu lagi bersusah-payah ke kaunter bayaran saman di Ibu Pejabat Polis Daerah.

Perkhidmatan yang disediakan ini merupakan nilai tambah kepada seruan kerajaan untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan melalui penggunaan ICT yang meluas seperti perkhidmatan E-Counter dan ini merupakan satu win-win situation masyarakat dan sektor perkhidmatan PDRM serta POS Malaysai Berhad. Ini juga menunjukkan keprihatinan PDRM yang selaras dengan tuntutan NKRA dalam konteks penambahbaikan kerajaan, selain menepati aspirasi 4P PDRM khususnya dari sudut 'People Oriented'.

"PDRM merupakan sebuah organisasi penguatkuasaan undang-undang utama yang menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam mengekalkan keselamatan dan kesejahteraan negara. Saya berharap pengguna jalan raya dapat mengambil iktibar daripada saman-saman yang telah dikenakan oleh polis untuk lebih berhemah dan mematuhi undang-undang semasa di jalan raya. Saya juga ingin menegaskan supaya masyarakat jangan cuba merasuah polis apabila melakukan keselahan jalan raya. Jangan sekali-kali cuba menyelesaikan kesalahan di tepi jalan kerana ia berlawanan dengan prinsip etika. Terimalah saman yang dikenakan oleh polis. Jika ini dipupuk dan dijadikan tabiat, nescaya masyarakat kita akan lebih ampuh dari segi nilai dan prinsip moral" YDH Timbalan Ketua Polis Negara mengakhiri ucapan perasmian Majlis Menandatangani Perjanjian dan Pelancaran Pembayaran Saman Trafik Di Kaunter Pos Malaysia petang ini.

Turut hadir dalam majlis perasmian adalah Y.Bhg Tan Sri Dato' Seri Dr Aseh Che Mat, Pengerusi Pos Malaysia Berhad, YDH CP Dato' Khalid Bin Abu Bakar, Pengarah Jabatan KDN/KA, Y.Bhg. Dato' Hj. Solah bin Mat Hassan, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan,  YDH DCP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Ketua Polis Kuala Lumpur, YDH SAC Dato' Abd Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan, YDH SAC Dato' Hj. Ghazali Bin Hj. Md Amin, Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), pegawai-pegawai kanan polis, kakitangan pejabat Pos Malaysia Berhad dan jemputan media. Majlis petang ini diakhiri dengan sidang media.

Kaunter Saman Trafik Pdrm Dibuka Di Pos Malaysia Berhad Hari Ini
Pegawai kanan polis menanti ketibaan YDH Timbalan Ketua Polis Negara

Kaunter Saman Trafik Pdrm Dibuka Di Pos Malaysia Berhad Hari Ini
Anggota polis cawangan trafik menerangkan resit pembayaran saman kepada orang awam

Kaunter Saman Trafik Pdrm Dibuka Di Pos Malaysia Berhad Hari Ini
YDH SAC Dato' Mohd Zulyadaen bin Hj Ismail, Timbalan Pengarah II Narkotik bersama ACP Mohd Fuad bin Abd Latiff, Timbalan Ketua Trafik Pasukan

Kaunter Saman Trafik Pdrm Dibuka Di Pos Malaysia Berhad Hari Ini
YDH Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) bersama YDH Ketua Polis Kuala Lumpur

Kaunter Saman Trafik Pdrm Dibuka Di Pos Malaysia Berhad Hari Ini
YDH Timbalan Ketua Polis Negara dan Y.Bhg Pengerusi POS Malaysia Berhad meluangkan masa di dalam ruang sidang media

Kaunter Saman Trafik Pdrm Dibuka Di Pos Malaysia Berhad Hari Ini
YDH Ketua Trafik Pasukan sempat bersembang dengan salah seorang pegawai polis

Kaunter Saman Trafik Pdrm Dibuka Di Pos Malaysia Berhad Hari Ini
Bacaan doa dipimpin oleh Bahagian Agama Pos Malaysia Berhad

Kaunter Saman Trafik Pdrm Dibuka Di Pos Malaysia Berhad Hari Ini
YDH Timbalan Ketua Polis Negara menyampaikan ucapan perasmian Majlis Menandatangani Perjanjian Dan Pelancaran Pembayaran Saman Trafik Di Kaunter Pos Malaysia

Kaunter Saman Trafik Pdrm Dibuka Di Pos Malaysia Berhad Hari Ini
Sesi Menandatangani Perjanjian

Kaunter Saman Trafik Pdrm Dibuka Di Pos Malaysia Berhad Hari Ini
Penyerahan perjanjian oleh YDH CP Dato' Khalid Bin Abu Bakar, Pengarah Jabatan KDN/KA kepada Y.Bhg Dato' Syed Faisal Albar, Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia Berhad disaksikan oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara dan Y.Bhg Pengerusi Pos Malaysia Berhad

Gimik kaunter semakan dan pembayaran saman trafik PDRM ..
Kaunter Saman Trafik Pdrm Dibuka Di Pos Malaysia Berhad Hari Ini

Kaunter Saman Trafik Pdrm Dibuka Di Pos Malaysia Berhad Hari Ini



Wartawan : L/kpl Edwind Indo & Kons Irfan bin Bujang
Jurufoto : L/kpl Edwind Indo
Penyunting : L/kpl Edwind Indo
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 9.52 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM