Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tangan Yang Menghayun Buai Adalah Juga Tangan Yang Menggegar Dunia

Diterbitkan: 10 Jun 2014 9.52 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Tangan yang menghayun buai adalah juga tangan yang menggegar dunia', demikianlah umpamanya peranan wanita. Ujar Pengarah Pengurusan YDH Dato' Robiah binti Abd Ghani yang juga merangkap Pengerusi PERK..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tangan-yang-menghayun-buai-adalah-juga-tangan-yang-menggegar-dunia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:23 MYT
Bukit Aman, 2 Mac 2011

"Tangan yang menghayun buai adalah juga tangan yang menggegar dunia", ujar Pengarah Pengurusan YDH Dato' Robiah binti Abd Ghani yang juga merangkap Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan semasa Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-22 yang telah diadakan di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman pada pagi ini.

Menurut beliau, peranan wanita bukan sahaja sebagai suri rumah dan wanita berkerjaya tetapi juga ahli kepada persatuan-persatuan kebajikan dan sosial seperti PERKEP ini. Pendek kata peranan wanita adalah semakin mencabar mengikut kerencaman dunia masa kini. Perkara ini telah diperakukan di peringkat dunia sepertimana pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengikut Resolusi tiga-belas-dua-puluh-lima (Resolution 1325) yang termaktub pada tahun 2000, untuk mendapat penyertaan sekurang-kurangnya 30 peratus wanita dalam semua peringkat organisasi. Kini sasaran tersebut telah diperluaskan ke tahap 50 peratus penyertaan wanita.

Dalam ucapannya, Pengerusi juga meminta kepada semua agar mengambil tahu dan memberi sokongan kepada perkara seumpama ini. PERKEP Pengurusan mengadakan mesyuarat tahunan sebagai satu daripada syarat-syarat dan kewajipan mengikut undang-undang tubuh pertubuhan-pertubuhan atau persatuan-persatuan yang berdaftar di negara ini. Ia merupakan 'platform' terbaik untuk ahli-ahli menilai kemajuan inisiatif atau aktiviti yang telah dicapai oleh persatuan masing-masing seterusnya untuk melihat sejauh mana penyertaan dan komitmen setiap ahli kepada persatuan.

Sesungguhnya aktiviti berpersatuan seperti ini adalah merupakan satu aktiviti yang didokong rapat oleh kepimpinan PDRM. Ini kerana melalui persatuan seperti ini, setiap ahli tanpa mengira status dan kedudukan, akan dapat bertemu di antara satu sama lain dan tentunya akan mengeratkan lagi hubungan silaturahim di kalangan ahli keluarga warga PDRM.

Beliau juga akur dan berpendapat, setiap ahli mestilah mengamalkan 'Good Practices' dari negara-negara maju dalam berpersatuan terutamanya yang melibatkan wanita seperti PERKEP. Melalui ucapannya juga, beliau telah menyentuh mengenai aktiviti PERKEP, di mana pada pengamatannya mendapati bahawa barisan Ahli Jawatankuasa yang lalu telah banyak membantu dalam menguruskan PERKEP Pengurusan. Pengerusi juga mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua ahli sama ada yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung.

Di akhir ucapannya, YDH Dato' Robiah Binti Abd Ghani menyeru supaya semua ahli PERKEP keluar dari budaya memerapkan masalah peribadi kepada diri sendiri dan tidak mahu berkongsi pengalaman dengan ahli yang lain serta berharap bukan sahaja pegawai kanan dan anggota, malah kakitangan awam di Jabatan Pengurusan ini dapat bersama-sama untuk melaksanakan tanggungjawab sosial, bagi memperkasakan PERKEP Pengurusan. Tambah beliau lagi, penglibatan semua ahli PERKEP diperlukan bagi menjayakan aktiviti yang dirancang, tidak kira apa jawatan di dalam PERKEP Pengurusan ini.

Tangan Yang Menghayun Buai Adalah Juga Tangan Yang Menggegar Dunia
YDH Datin Musalma binti Mohd Saman bersama YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) menunggu ketibaan Pengarah Pengurusan

Tangan Yang Menghayun Buai Adalah Juga Tangan Yang Menggegar Dunia
Pendaftaran ahli-ahli PERKEP...

Tangan Yang Menghayun Buai Adalah Juga Tangan Yang Menggegar Dunia
Ketibaan YDH CP Dato' Rubiah binti Abd Ghani, Pengarah Jabatan Pengurusan diiringi oleh YDH SAC Dato' Hj. Ghazali Bin Hj. Md Amin, Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) dan YDH SAC Dato' Asri bin Yusoff, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/ Perjawatan)

Tangan Yang Menghayun Buai Adalah Juga Tangan Yang Menggegar Dunia
Persembahan koir PERKEP Pengurusan..

Tangan Yang Menghayun Buai Adalah Juga Tangan Yang Menggegar Dunia
Antara yang hadir di  Mesyuarat Agung PERKEP ke-22

Tangan Yang Menghayun Buai Adalah Juga Tangan Yang Menggegar Dunia
Ucapan disampaikan oleh Pengerusi PERKEP Pengurusan...

Tangan Yang Menghayun Buai Adalah Juga Tangan Yang Menggegar Dunia
Penyampaian sijil dan cenderahati kepada semua AJK PERKEP Pengurusan tahun 2010

Tangan Yang Menghayun Buai Adalah Juga Tangan Yang Menggegar Dunia
Sesi perlantikan AJK PERKEP Pengurusan bagi sesi 2011

Tangan Yang Menghayun Buai Adalah Juga Tangan Yang Menggegar Dunia
Bergambar kenangan bersama AJK PERKEP Pengurusan bagi sesi 2011

Jurufoto : L/kpl Edwind Indo
Wartawan : L/kpl Noorazima binti Zakaria
Penyunting : F29 Siti Fatimah binti Abdul Manan
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 9.52 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM