Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kasino Mini Mount Erskine Diserbu Lagi 11 Lelaki Ditahan

Published: 16 Jun 2014 8.59 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis sekali lagi menyerbu sebuah 'kasino mini' yang beroperasi lima kilometer dari kaki bukit Mount Erskine di sini, Khamis malam dan menahan 11 lelaki yang sedang asyik berjudi..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kasino-mini-mount-erskine-diserbu-lagi-11-lelaki-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:38 MYT

GEORGE TOWN, 27 Jan (Bernama) -- Polis sekali lagi menyerbu sebuah 'kasino mini' yang beroperasi lima kilometer dari kaki bukit Mount Erskine di sini, Khamis malam dan menahan 11 lelaki yang sedang asyik berjudi.

Ops Dadu yang diketuai Cif Insp Mohd Rozi Aziz itu bermula pukul 7 malam dan polis mengambil masa lebih lima jam untuk menyerbu kawasan khemah yang dijadikan tempat berjudi berkenaan kerana terpaksa mendaki bukit.

Operasi yang membabitkan seorang pegawai dan 15 anggota Cawangan Judi, Kongsi Gelap dan Maksiat Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut itu dilakukan hasil maklumat awam, kata jurucakap polis kepada pemberita, di sini Jumaat.

"Pada 6 Jan lepas, kita telah menyerbu tempat yang sama dan merampas segala peralatan yang digunakan, bagaimanapun penganjur judi berkenaan terus berdegil dan menjalankan kegiatan haram berkenaan.

"Semasa serbuan itu, 11 lelaki terbabit yang berusia antara 18 dan 58 tahun sedang leka berjudi dan ada yang cuba untuk meloloskan diri, namun gagal kerana polis telah mengepung kawasan itu," katanya.

Jurucakap itu berkata polis turut merampas wang di meja judi sebanyak RM210 dan pelbagai peralatan judi jenis 'york' dan dadu.

Katanya kadar pertaruhan adalah dari serendah RM10 sehingga RM150,000 bergantung kepada jenis permainan judi.

Sementara itu Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt Ahmad Bakhtiar Kassim yang mengesahkan perkara tersebut berkata kes disiasat menurut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Beliau berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan sama ada lokasi perjudian itu dijalankan di atas tanah sewa atau haram termasuk punca bekalan elektrik dan air yang digunakan mereka.

ArticlePublished 16 Jun 2014 8.59 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM