Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Serbu Tiga Pusat Judi Komputer Tahan 11 Orang Di Geor

Diterbitkan: 16 Jun 2014 8.59 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis menahan 11 orang termasuk tiga wanita dalam serbuan serentak di tiga buah premis yang menjalankan kegiatan judi berkomputer secara haram..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-serbu-tiga-pusat-judi-komputer-tahan-11-orang-di-geor
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:45 MYT
GEORGE TOWN, 25 Januari 2012 (Bernama) -- Polis menahan 11 orang termasuk tiga wanita dalam serbuan serentak di tiga buah premis yang menjalankan kegiatan judi berkomputer secara haram di sini tengah malam Selasa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt Ahmad Baktiar Kassim berkata kesemua mereka yang ditahan berusia 30-an dan 40-an.

"Dalam operasi di Lebuh Maccalum, dua premis diserbu dan lima lelaki dan dua wanita termasuk dua penjaga premis judi ditahan. Manakala serbuan di premis di Jelutong, polis berjaya menahan tiga lelaki termasuk seorang penjaga premis dan seorang wanita," katanya ketika dihubungi di sini, Rabu.

Katanya dalam serbuan itu, polis menyita 54 unit komputer bernilai RM148,000 yang telah diubah suai untuk kegiatan judi itu.

Ahmad Baktiar berkata kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang jika sabit kesalahan pemilik premis boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 bagi setiap mesin judi atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.

Beliau berkata pemain judi pula akan didakwa mengikut Seksyen 7(2) akta yang sama yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga enam bulan dan denda tidak melebihi RM5,000.
ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 8.59 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM