Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Karnival Sukan Mess Pdrm 2008

Diterbitkan: 09 Jun 2014 8.53 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.46 PM
Karnival Sukan Mess PDRM yang diadakan pada setiap tahun merupakan salah satu program yang telah dirancang di dalam kalendar tahunan aktiviti mess...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/karnival-sukan-mess-pdrm-2008
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:52 MYT

PULAPOL Kuala Lumpur - 13 Disember 2008. Karnival Sukan Mess PDRM 2008 berlangsung selama dua hari bermula 13 Disember 2008 hingga 14 Disember 2008 di PULAPOL Kuala Lumpur.

Karnival Sukan Mess PDRM 2008 merupakan salah satu daripada peranan yang telah dimainkan oleh rantaian jentera Mess Pegawai Kanan PDRM dan sebanyak tujuh acara sukan telah dipertandingkan kali ini. Acara-acara tersebut ialah bowling, bola tampar, tarik tali, bola sepak, badminton, ping pong dan golf. Di sebelah malam, bertempat di Mess Pegawai Bukit Aman pada 14 Disember 2008, jam 8.30 malam di adakan majlis penutupan, Malam Mesra Mess PDRM dan tetamu dihiburkan dengan pertandingan akhir nyanyian antara jabatan-jabatan PDRM.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara dan Majlis Penutupan oleh YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara. Hadir di majlis tersebut ialah YDH Dato'-Dato' Pengarah Jabatan PDRM, YDH Timbalan-timbalan Pengarah, Ahli-ahli Jawatankuasa Mess Bukit Aman serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Karnival Sukan Mess PDRM yang diadakan pada setiap tahun merupakan salah satu program yang telah dirancang di dalam kalendar tahunan aktiviti mess. Karnival Sukan ini juga hanya melibatkan golongan pegawai-pegawai kanan PDRM sahaja. Tujuannya adalah untuk memupuk semangat juang, kredibiliti dan kewajaran kedudukan setiap pegawai yang bakal mewarisi kepimpinan pasukan suatu masa nanti.

Karnival Sukan Mess PDRM 2008 ini juga akan memberi peluang kepada pegawai-pegawai kanan di Bukit Aman untuk mempamer dan mengasah bakat serta kebolehan masing-masing. Karnival ini juga tidak hanya menjurus kepada pertandingan semata-mata, sebaliknya adalah untuk memupuk semangat setiakawan yang jitu, hubungan yang akrab di kalangan pegawai-pegawai supaya terbentuk satu ikatan, ibarat sebuah kelurga di dalam PDRM.

KEPUTUSAN KARNIVAL SUKAN MESS PDRM 2008
Johan Keseluruhan Karnival Sukan Mess PDRM 2008 ~ Jabatan KDN/KA
 
Bola Tampar
Johan            - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
Naib Johan     - Jabatan KDN/KA
Ketiga            - Jabatan Logistik

Ping Pong
Johan            - Cawangan Khas
Naib Johan     - Jabatan Logistik
Ketiga            - Jabatan Pengurusan

Bowling
Johan             - Cawangan Khas
Naib Johan      - Jabatan Pengurusan
Ketiga             - Jabatan Siasatan Jenayah Komersil

Bola Sepak
Johan            - Jabatan Siasatan Jenayah Komersil
Naib Johan     - Jabatan KDN/KA
Ketiga            - Cawangan Khas

Badminton
Johan             - Jabatan KDN/KA
Naib Johan      - Cawangan Khas
Ketiga             - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik / Jabatan Siasatan Jenayah Komersil

Tarik Tali
Johan              - Jabatan Siasatan Jenayah Komersil
Naib Johan       - Cawangan Khas
Ketiga              - Jabatan KDN/KA

Golf
Johan Keseluruhan   - Jabatan KDN/KA

Karnival Sukan Mess Pdrm 2008
Majlis Perasmian oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara

Karnival Sukan Mess Pdrm 2008
Ikrar Rukun Negara/Kejohanan oleh YDH Supt. Azhan bin Hj. Abdul Halim

Karnival Sukan Mess Pdrm 2008
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara  memulakan acara pertama, acara tarik tali antara Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik menentang Pasukan Cawangan Khas.

Karnival Sukan Mess Pdrm 2008
Bola Tampar...Jabatan Siasatan Jenayah (baju oren) bertemu Jabatan Logistik

Karnival Sukan Mess Pdrm 2008
Bola sepak antara Jabatan Pengurusan bertemu Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam

Karnival Sukan Mess Pdrm 2008
Perbarisan Terbaik...Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam yang diketuai oleh 'Chief De Mission' YDH SAC II Dato' Roslan bin Haji Ahmad, Komander Pasukan Simpanan Persekutuan

Karnival Sukan Mess Pdrm 2008
Johan Pertandingan Nyanyian...Insp Usman Lanaga, membawa lagu ~ Fantasia Bulan Madu ( Kumpulan Search)

Karnival Sukan Mess Pdrm 2008
Johan Bola Tampar... Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik menerima Piala Pusingan daripada YDH CP Datuk Seri Ramli bin Sha'ari, Pengarah Cawangan Khas sambil diiringi oleh YDH DCP Dato' Acyrl Sani bin Haji Abdullah Sani, Naib Yang Di-Pertua Mess

Karnival Sukan Mess Pdrm 2008
Johan Ping Pong - Cawangan Khas

Karnival Sukan Mess Pdrm 2008
Johan Bowling - Cawangan Khas

Karnival Sukan Mess Pdrm 2008
Johan Bola Sepak  - Jabatan Siasatan Jenayah Komersil

Karnival Sukan Mess Pdrm 2008
Johan Badminton - Jabatan KDN/KA

Karnival Sukan Mess Pdrm 2008
Johan Tarik Tali  - Jabatan Siasatan Jenayah Komersil

Karnival Sukan Mess Pdrm 2008
Johan Keseluruhan Golf  - YDH CP Dato' Hussin bin Hj. Ismail, Pengarah Jabatan KDN/KA menerima Piala Pusingan Sukan Golf yabg disumbangkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah

Karnival Sukan Mess Pdrm 2008
Johan Keseluruhan Karnival Sukan Mess PDRM 2008 ~ Dengan mengumpul 50 mata dalam semua acara, Jabatan KDN/KA  berjaya membawa pulang Piala Pusingan Keseluruhan Yang Di-Pertua Mes Pegawai Kanan PDRM Bukit Aman.

Karnival Sukan Mess Pdrm 2008
Penutup...C/Insp Saipul Anuar bin Razali menyerahkan Bendera Kejohanan Karnival Sukan Mess PDRM 2008 kepada YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara. Jumpa lagi tahun hadapan.

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 8.53 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.46 PM