Kejohanan Dart Catur Dan Karom Piala Ketua Polis Negara 2008
Kuala Terengganu, Terengganu - 5 Disember 2008. Kontinjen Terengganu telah menjadi penganjur Kejohanan Dart, Catur & Karom Piala Ketua Polis Negara 2008, yang bermula pada 3 - 5 Disember 2008 di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu.
Majlis Perasmian Kejohanan Dart, Catur & Karom Piala Ketua Polis Negara 2008 telah di sempurnakan oleh YDH ACP Zamri bin Shamsuddin, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu pada 3 Disember dan Majlis Penutup pula disempurnakan oleh YDH CP Dato' Zul Hasnan Najib bin Baharudin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik pada 5 Disember 2008.
Hadir sama di majlis penutupan ialah YDH SAC I Dato' Mohd Shukri bin Dahlan, Ketua Polis Terengganu, Y.Bhg. Prof Dato' Dr. Sulaiman bin Md Yassin, Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu, YDH Ketua-ketua Jabatan Kontinjen Terengganu dan Ketua-ketua Polis Daerah serta Dif-dif jemputan, pegawai-pegawai dan peserta-peserta.
Kejohanan tiga jenis 'indoor games' yang diadakan serentak di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu ini melibatkan 14 pasukan yang bertanding dalam acara dart, catur dan karom. Kejohanan ini adalah bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru di kalangan warga PDRM yang berkeupayaan untuk diketengahkan bagi membawa cabaran PDRM untuk bertanding secara kompetitif di peringkat MAKSAK dan juga kebangsaan nanti. Di samping itu, kejohanan ini juga dianjurkan dengan tujuan untuk meningkatkan hubungan sosial,menjalinkan hubungan silaturrahim antara peserta selain memupuk semangat cintakan budaya kesukanan di antara warga PDRM.
Ketiga-tiga jenis sukan ini adalah berbeza dengan jenis sukan popular yang lain kerana ketiga-tiganya tidak memerlukan kekuatan dan ketangkasan fizikal, tetapi adalah amat kompleks dan sangat mencabar. Ianya memerlukan kekuatan minda, ketajaman fikiran dan berintegriti semasa mengatur strategi serta memiliki keupayaan membuat keputusan dengan pantas dan tepat.
Keputusan Kejohanan Dart, Catur & Karom Piala Ketua Polis Negara pada tahun 2006 ialah :-
Dart
Johan ~ Bukit Aman
Naib Johan ~ Kuala Lumpur
Ke-3 ~ Terengganu
Ke-4 ~ Kelantan
Catur
Johan ~ Johor
Naib Johan ~ Briged Tengah
Ke-3 ~ Melaka
Ke-4 ~ Kelantan
Karom
Johan ~ Bukit Aman
Naib Johan ~ PULAPOL KL
Ke-3 ~ Kelantan
Ke-4 ~ Melaka
Keputusan Kejohanan Dart, Catur & Karom Piala Ketua Polis Negara 2008 ialah :-
Dart
Johan - Bukit Aman
Naib Johan - Terengganu
Ke-3 - Melaka
Ke-4 - Kuala Lumpur
Catur
Johan - Johor
Naib Johan - Perak
Ke-3 - Kedah
Ke-4 - Bukit Aman
Karom
Johan - Bukit Aman
Naib Johan - PULAPOL KL
Ke-3 - Kuala Lumpur
Ke-4 - Kelantan

kiri...YDH ACP Zamri bin Shamsuddin, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu menerima cenderahati daripada ASP Mohd Zahir bin Shaari, Pengurus Pasukan Bukit Aman

Bacaan Ikrar Kejohanan

Ucapan Perasmian Penutup oleh YDH CP Dato' Zul Hasnan Najib bin Baharudin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

Sukar digugat...Johan Dart, Pasukan Bukit Aman

Juara karom....Bukit Aman mengekalkan kejuaraan dalam acara karom

Kontinjen Johor menjadi juara dalam acara catur

Pasukan catur Bukit Aman...Pencapaian yang baik, dari tangga kelapan pada tahun 2006 ke tempat keempat bagi tahun 2008

Kontinjen Kuala Lumpur...Tempat Ke-4 dalam acara dart dan Ke-3 dalam acara karom.

Kontinjen tuan rumah, Terengganu...Naib Johan acara dart.