Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Karnival Sukan 1 Malaysia Polis Dan Masyarakat 2011

Published: 11 Jun 2014 4.20 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
PULAPOL Kuala Lumpur - 9 Jun 2011. ' Marilah kita sama-sama menyemarakkan hubungan mesra rakyat dan PDRM melalui sukan berkonsepkan semangat 1 Malaysia' kata YDH SAC Zulkifli Mohamed, Komandan PULAPOL..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/karnival-sukan-1-malaysia-polis-dan-masyarakat-2011
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:47 MYT

PULAPOL Kuala Lumpur - 9 Jun 2011. " Marilah kita sama-sama menyemarakkan  hubungan mesra rakyat dan PDRM melalui sukan berkonsepkan semangat 1 Malaysia" kata YDH SAC Zulkifli Mohamed, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur dalam sidang media hari ini. Karnival Sukan 1 Malaysia Polis Dan Masyarakat 2011 akan diadakan pada 2 Julai 2011 bertempat di Padang Utama PULAPOL Kuala Lumpur. 

Objektif karnival ini adalah menyemarakkan hubungan mesra rakyat dan PDRM melalui sukan berkonsepkan semangat 1 Malaysia. Karnival ini adalah anjuran bersama Polis Diraja Malaysia dan Sports Unite. YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dijangka akan merasmikan karnival ini. Penaja bersama karnival ini adalah Bank Simpanan Nasional, Milo, Figos, Minuman Isotoni 'Gatorade' dan Minuman Tropicana 'Twister'.

Pelbagai acara sukan terbuka kepada orang ramai seperti Bola sepak 7 sebelah, bola jaring, bala tampar, sepak takraw dan tarik tali. Terdapat juga acara sampingan untuk masyarakat seperti berlumba berpakaian badut, perlumbaan selipar gergasi, 'Inflatable games', 'Sand Art' dan pelbagai lagi acara menarik. ' Upin dan Ipin' juga akan hadir bagi memeriahkan lagi karnival ini.

"Setiap pasukan yang menyertai acara sukan hendaklah dianggotai sekurang-kurangnya dua kaum besar negara ini selaras dengan objektif karnival ini iaitu sukan berkonsep 1 Malaysia," kata YDH SAC Zulkifli Mohamed lagi.

Setiap penyertaan adalah percuma dan hadiah-hadiah lumayan menati pemenang. Borang penyertaan boleh didapati di Laman Web Rasmi PDRM dan di PULAPOL Kuala Lumpur bermula 13 Jun 2011.

Pada hari karnival itu juga, terdapat pelbagai gerai pemeran PDRM seperti Pencegahan Jenayah dan Kaunter Bayaran Saman Trafik.

Di Sidang Media itu juga, YDH SAC Zulkifli Mohamed berkata, Forum Perdana Sempena Sambutan Hari Polis Ke 204 Tahun akan diadakan di Dewan Bankuet, PULAPOL Kuala Lumpur pada 27 Jun 2011 jam 8 malam. Forum Perdana ini bertajuk "Polis Dan Masyarakat Bagaikan Dua Umar".

Penceramah Jemputan ialah Ustaz Haji Mohd Farid Ravi Bin Abdullah Al-Hafiz dan Dr. Syarifah Bte Syed Ismail. Moderator forum ini ialah Ustaz Dr. Ridhuan Tee Abdullah.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan program-program ini.

Karnival Sukan 1 Malaysia Polis Dan Masyarakat 2011
YDH SAC Zulkifli Mohamed, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur di sidang media tersebut.

ArticlePublished 11 Jun 2014 4.20 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM