Bukit Aman - 12 Jun 2011.
Program Remaja Santing yang bermula pada 9 Jun 2011 di Dewan PERKEP
Bukit Aman, berakhir pada tengahari ini, 12 Jun 2011 dan Majlis
Penutupannya telah disempurnakan oleh Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti
Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia.
Kursus
Remaja Santing Modular 1 ini merupakan program asas dan wajib dalam
modular Program Remaja Santing. Kumpulan ini merupakan peserta dan
penaja 'Kumpulan Warga Remaja Santing'. Untuk program seterusnya,
beberapa program dan aktiviti positif dan menarik termasuk teknik
belajar dan menjawab peperiksaan, pendedahan kepada budaya korporat,
aktiviti mengikut hobi dan kecenderungan akan dibentuk dan boleh diikuti
oleh Kumpulan Warga Remaja Santing.
Program
Warga Remaja Santing dimodulkan khas dengan 2 modul asas wajib untuk
remaja-remaja dengan hajat utama memupuk dan menguatkan kemahiran
"Intrapersonal, Interpersonal" dan Kemahiran lain. Matlamat akhir
program ini ialah melahirkan remaja yang serba lengkap dari 4 aspek
kehidupan iaitu fizikal, sosial, emosi dan rohaniah. Pada
pengakhirannya, mereka akan menjadi insan terbaik di dunia dan akhirat,
sinonim dengan makna 'Santing' iaitu elok, cantik, menarik dan baik.
Program
Remaja Santing ini telah dianjurkan oleh Cawangan Kaunseling BAKA Bukit
Aman dengan kerjasama PERKEP Malaysia dan Shi-Mellow Consultancy Sdn.
Bhd. Program ini mensasarkan peserta-peserta yang terdiri daripada
anak-anak keluraga PDRM yang berusia antara 15 tahun hingga 25 tahun.
Gambar Program Remaja Santing





Majlis Penutupan oleh Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia.

Ketibaan Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia di Dewan PERKEP, Bukit Aman

Ucapan Penutupan Program Remaja Santing oleh Y.Bhg Pengerusi PERKEP Malaysia

Cenderahati kepada kumpulan peserta

Penyampaian Sijil Penyertaan...

Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia menyampaikan cenderahati kepada Tuan Haji Shahabuddin bin Haji Ashari, Pakar Perunding Shi-Mellow Consultancy Sdn. Bhd

Antara peserta-peserta remaja

Bergambar kenangan bersama Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia.
Wartawan : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Jurufoto : L/Kpl Aslam Syir Khan bin Fairuz Khan