Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lawatan Commissioner Tsang Wai Hung Ke Bukit Aman

Diterbitkan: 11 Jun 2014 4.18 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Commissioner Tsang Wai Hung merangkakan lawatan pertamanya ke Bukit Aman sejurus tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8 Jun 2011 ke Pejabat Sekretariat Aseanapol...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lawatan-commissioner-tsang-wai-hung-ke-bukit-aman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:46 MYT

Bukit Aman - 9 Jun 2011. Delegasi Polis Hong Kong, diketuai oleh Commissioner Tsang Wai Hung, Commissioner of Hong Kong Police telah mengadakan Lawatan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selama dua hari, bermula pada 8 Jun 2011.

Turut mengiringi beliau ialah Chief Supt. Samson Yu, Crime Investigation Department, Supt. Steve Li, Liaison Bureau dan Chief Insp. Kenneth Kwok, ADC to Commissioner.

Commissioner Tsang Wai Hung merangkakan lawatan pertamanya ke Bukit Aman sejurus tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8 Jun 2011 ke Pejabat Sekretariat Aseanapol. Taklimat telah disampaikan oleh YDH ACP Mohd Nazri bin Zainal Abidin, Pengarah Eksekutif Sekretariat Aseanapol. Seterusnya beliau mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Cawangan Khas dan disambut oleh YDH CP Datuk Seri Akhil bin Bulat, Pengarah Cawangan Khas.

Taklimat Cawangan Khas disampaikan oleh YDH SAC Cheong Koon Kock dan ACP Zulkifli bin Mohamad.
Sebelah malamnya, bertempat di Tai Zi Heei, Hotel Prince, Kuala Lumpur, delegasi Polis Hong Kong telah diraikan oleh YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara di majlis jamuan makan malam. Turut hadir ialah YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara dan YDH Dato'-Dato' Pengarah Jabatan PDRM dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Sebelum berlepas pulang pada 9 Jun 2011 dengan menaiki pesawat MH 788 ke Bangkok, Commissioner Tsang Wai Hung, Commissioner of Hong Kong Police telah mengadakan 'Kunjungan Hormat' kepada YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara di Bilik Tetamu, Tingkat 31, Menara 1, Bukit Aman. Hadir sama ialah YDH Pengarah-Pengarah Jabatan Polis Diraja Malaysia dan Pegawai-pegawai Kanan Bukit Aman.

Lawatan ke Pejabat Sekretariat Aseanapol, Bukit Aman
Lawatan Commissioner Tsang Wai Hung Ke Bukit Aman
Ketibaan Commissioner Tsang Wai Hung, Commissioner of Hong Kong Police dan delegasi di Pejabat Sekretariat Aseanapol, Bukit Aman

Lawatan Commissioner Tsang Wai Hung Ke Bukit Aman
Menandatangani Buku Pelawat

Lawatan Commissioner Tsang Wai Hung Ke Bukit Aman
Taklimat disampaikan oleh YDH ACP Mohd Nazri bin Zainal Abidin, Pengarah Eksekutif Sekretariat Aseanapol.

Lawatan Commissioner Tsang Wai Hung Ke Bukit Aman
Cenderahati kepada Commissioner Tsang Wai Hung

Lawatan Commissioner Tsang Wai Hung Ke Bukit Aman
Cenderahati daripada Commissioner Tsang Wai Hung

Majlis Jamuan Makan Malam
Lawatan Commissioner Tsang Wai Hung Ke Bukit Aman

Ketibaan Commissioner Tsang Wai Hung,Commissioner of Hong Kong Police dan rombongan disambut oleh YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara

Lawatan Commissioner Tsang Wai Hung Ke Bukit Aman

Lawatan Commissioner Tsang Wai Hung Ke Bukit Aman

Lawatan Commissioner Tsang Wai Hung Ke Bukit Aman

Lawatan Commissioner Tsang Wai Hung Ke Bukit Aman

Lawatan Commissioner Tsang Wai Hung Ke Bukit Aman


Kunjungan Hormat kepada YDH Ketua Polis Negara pada 9 Jun 2011
Lawatan Commissioner Tsang Wai Hung Ke Bukit Aman
Delegasi Polis Hong Kong di Bilik Tetamu Ketua Polis Negara

Lawatan Commissioner Tsang Wai Hung Ke Bukit Aman

Lawatan Commissioner Tsang Wai Hung Ke Bukit Aman

Lawatan Commissioner Tsang Wai Hung Ke Bukit Aman

Lawatan Commissioner Tsang Wai Hung Ke Bukit Aman

Lawatan Commissioner Tsang Wai Hung Ke Bukit Aman

Lawatan Commissioner Tsang Wai Hung Ke Bukit Aman

Lawatan Commissioner Tsang Wai Hung Ke Bukit Aman

Lawatan Commissioner Tsang Wai Hung Ke Bukit Aman
Bergambar kenangan sebelum meninggalkan Bukit Aman


Wartawan : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Jurufoto   : Sjn Zaiddin bin Dahalan
                 L/Kpl Mohd Shareel bin Shahriman
                 L/Kpl Aslam Syir Khan bin Fairuz Khan
                 Konst Raymond bin Martin
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 4.18 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM