Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kanak Kanak Berjaya Ditemui Selepas Sejam Dilarikan

Published: 17 Jun 2014 3.18 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Hasil ketangkasan "Pasukan Cantas" Polis Perak yang sedang melakukan rondaan di sekitar lebuh raya sempena pilihan raya berjaya menemui mangsa bersama kereta milik ibu bapanya. Mangsa ditemui dalam ke..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kanak-kanak-berjaya-ditemui-selepas-sejam-dilarikan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:27 MYT

Ipoh - Seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang dilarikan bersama kereta Toyota Vios oleh tiga lelaki tidak dikenali ditemui selamat hanya dalam masa satu jam selepas dilaporkan hilang di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah arah selatan, malam kelmarin.

Hasil ketangkasan "Pasukan Cantas" Polis Perak yang sedang melakukan rondaan di sekitar lebuh raya sempena pilihan raya berjaya menemui mangsa bersama kereta milik ibu bapanya. Mangsa ditemui dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang daripada jagaan yang sah dan jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan denda.

Sumber: Akhbar Sinar Harian
Kanak Kanak Berjaya Ditemui Selepas Sejam Dilarikan

ArticlePublished 17 Jun 2014 3.18 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM