Culik Suri Rumah Sekumpulan Along Ditahan
Polis
berjaya menahan sekumpulan along yang terdiri daripada empat lelaki
berumur 23 hingga 47 tahun kira-kira 15 kilometer dari kediaman mangsa.
Mangsa yang merupakan seorang suri rumah berdepandengan detik cemas apabila diculik selama dua jam 15 minit akibat kegagalan suaminya membayar pinjaman sebanyak RM500.
Kejayaan
tersebut hasil daripada tindakan pantas mangsa yang menghantar khidmat
pesanan ringkas kepada suaminya ketika berada di dalam kereta along
tersebut.
