Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kadar Jenayah Di Kedah Turun Tiga Tahun Berturut Turut

Published: 16 Jun 2014 2.46 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
JITRA, 26 Okt (Bernama) -- Kadar indeks jenayah di Kedah menunjukkan penurunan bagi tiga tahun kebelakangan ini, kata Ketua Polis Kedah Datuk Syed Ismail Syed Azizan...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kadar-jenayah-di-kedah-turun-tiga-tahun-berturut-turut
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:24 MYT

JITRA, 26 Okt (Bernama) -- Kadar indeks jenayah di Kedah menunjukkan penurunan bagi tiga tahun kebelakangan ini, kata Ketua Polis Kedah Datuk Syed Ismail Syed Azizan.

Beliau berkata bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini pula, polis kontinjen Kedah berjaya menurunkan indeks jenayah jalanan 16.40 peratus, manakala indeks jenayah keseluruhan pula turun 15.25 peratus.

"Jenayah paling tinggi yang dicatatkan dalam tempoh itu ialah jenayah curi motosikal, diikuti pecah rumah dan seterusnya lain-lain kes jenayah manakala kes jenayah yang paling tinggi dapat diselesaikan ialah jenayah kekerasan seperti rogol dan bunuh," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Majls Perhimpunan Khas Polis Diraja Malaysia di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu di sini pada Selasa.

Menurutnya pada tahun 2008; 13,802 kes dicatatkan dan kes yang dapat diselesaikan adalah 6,253 kes berbanding pada tahun 2007 sebanyak 13,965 kes dengan 5,944 daripadanya berjaya diselesaikan.

Syed Ismail berkata pada tahun 2009, sebanyak 13,579 kes dilaporkan dengan 6,385 kes berjaya diselesaikan manakala bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, 9,098 kes direkodkan dengan kadar penyelesaian sebanyak 4,365 kes.

"Jika diteliti dengan rapi indeks jenayah di Kedah menunjukkan penurunan manakala kadar penyelesaian kes pula terus menunjukkan peningkatan yang ketara," katanya.

ArticlePublished 16 Jun 2014 2.46 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM