Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Jurujual Kereta Ditahan Polis Selepas Enam Tahun Gagal Dikes

Published: 16 Jun 2014 8.53 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Seorang jurujual kereta yang melarikan diri selepas dipercayai terlibat dalam kes rogol dan bunuh seorang gadis kira-kira enam tahun lalu dan gagal dijejaki oleh pihak berkuasa, akhirnya ditahan polis..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jurujual-kereta-ditahan-polis-selepas-enam-tahun-gagal-dikes
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:46 MYT

SUNGAI PETANI, 18 Januari 2012 (Bernama) -- Seorang jurujual kereta yang melarikan diri selepas dipercayai terlibat dalam kes rogol dan bunuh seorang gadis kira-kira enam tahun lalu dan gagal dijejaki oleh pihak berkuasa, akhirnya ditahan polis semalam.

Suspek yang berusia 31 tahun itu berjaya ditangkap sejurus tiba dari Perth, Australia di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam.

Lelaki itu dibawa pulang dari KLIA dan kini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rogol dan bunuh seorang eksekutif pemasaran Chee Gaip Yap, 25, di kawasan perumahan Kelab Cinta Sayang di sini pada 14 Jan 2006.

Perintah tahanan reman sehingga 23 Jan ini terhadap suspek yang juga anak seorang ahli perniagaan bergelar Datuk diperoleh daripada Majistret Mohd Khairul Hafizuddin Ramli di sini kira-kira pukul 10.30 pagi.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Kedah ACP Mohd Zakaria Ahmad yang mengesahkan penahanan tersebut berkata polis cuba mengesan suspek yang bertindak melarikan diri ke negara itu sejak 2006.

"Polis tidak pernah menutup kes ini dan sentiasa mengikuti perkembangan kes setiap dua minggu," katanya ketika dihubungi.

Katanya polis juga bekerjasama dengan rakan setugas di negara itu bagi mengawasi pergerakan suspek di semua lapangan terbang dan pintu masuk negara.

"Bertindak atas maklumat berkenaan, polis semalam telah menahan suspek di KLIA selepas mendapat tahu dia telah masuk negara ini melalui penerbangan dari Australia," katanya.

Katanya kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di Alor Setar untuk siasatan lanjut.

Difahamkan suspek terbabit pernah ditahan polis kira-kira enam tahun lepas dan dibebaskan dengan jaminan polis semasa menunggu keputusan ujian DNA tetapi suspek bertindak melarikan diri ke Australia dan memegang taraf penduduk tetap di sana sejak itu.

Mayat Chee ditemui pada awal pagi 15 Jan 2006 dalam keadaan separuh bogel, ditemui di Jalan Kelab Cinta Sayang dan dipercayai dirogol. Kejadian berkenaan berlaku semasa Chee keluar berjoging bersama adik perempuannya berusia 24 tahun.

ArticlePublished 16 Jun 2014 8.53 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM