Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Jenayah Babitkan Mangsa Wanita Di P Pinang Turun 15 Peratus

Diterbitkan: 18 Jun 2014 5.55 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.37 PM
George Town, 22 Nov - Indeks jenayah membabitkan wanita sebagai mangsa di Pulau Pinang mencatat penurunan sebanyak 15 peratus dalam tempoh Januari hingga Oktober lalu, berbanding tempoh sama tahun lep..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jenayah-babitkan-mangsa-wanita-di-p-pinang-turun-15-peratus
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:03 MYT

George Town, 22 Nov - Indeks jenayah membabitkan wanita sebagai mangsa di Pulau Pinang mencatat penurunan sebanyak 15 peratus dalam tempoh Januari hingga Oktober lalu, berbanding tempoh sama tahun lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata jenayah seperti rogol, cabul kehormatan, penderaan pembantu rumah dan keganasan rumah tangga menunjukkan penurunan sebanyak 73 kes berbanding lebih 80 kes dilaporkan tahun lepas.

"Tahun ini, kita turut berjaya menyelamatkan 33 gadis bawah umur yang dijadikan mangsa pelacuran hasil serbuan di pusat-pusat hiburan seluruh negeri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pasukan Ops Cantas Wanita, di sini hari ini.

Beliau berkata pasukan Ops Cantas Wanita yang diketuai seorang pegawai berpangkat penolong penguasa polis (ASP) dan dibantu seorang inspektor serta 18 anggota lain-lain pangkat itu, khusus mengendalikan kes jenayah kekerasan membabitkan wanita dan remaja.

Katanya anggota yang berjaya melepasi proses penapisan ketat itu telah menjalani latihan khas selama dua minggu meliputi teknik serbuan, pertempuran dan penggunaan pelbagai senjata api bagi memantapkan keupayaan fizikal mereka.

"Mereka ini juga akan dilengkapkan dengan pakaian dan senjata khas jenis HKMP5, sama seperti pasukan lelaki bagi memudahkan kita mengendalikan kes melibatkan penjenayah wanita," katanya.

Beliau berkata sempena cuti sekolah ini pasukan itu turut akan ditempatkan di pusat beli belah, kawasan rekreasi serta dalam pengangkutan awam termasuk feri bermula minggu depan bagi meningkatkan kawalan keselamatan orang awam.

Abdul Rahim berkata setakat ini terdapat 1,200 polis wanita berkhidmat di Pulau Pinang dan pihaknya berhasrat merekrut lebih ramai anggotanya untuk diserap ke dalam pasukan khas berkenaan.

Katanya menerusi Ops Cantas bermula pada 17 Ogos hingga 20 Nov lepas, polis menahan 1,467 suspek dipercayai terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah di negeri ini dan 181 daripadanya adalah anggota kumpulan kongsi gelap.

Katanya polis turut merampas 11 pucuk pistol, sebutir bom tangan, enam pucuk senjata api palsu dan 66 buah kenderaan serta pelbagai senjata tajam dipercayai diguna untuk tujuan jenayah. 

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 5.55 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.37 PM