Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Marin Dan Polair Tingkat Kerjasama Cegah Penyeludupan Di Sempadan Negara

Diterbitkan: 18 Jun 2014 6.01 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.37 PM
Tawau, 23 Nov - Pasukan Gerakan Marin dan Polis Air (Polair)Indonesia akan terus mempertingkatkan kerjasama bagi membanteras kegiatan penyeludupan dadah dan manusia di sempadan perairan kedua-dua nega..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-dan-polair-tingkat-kerjasama-cegah-penyeludupan-di-sempadan-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:27 MYT

Tawau, 23 Nov - Pasukan Gerakan Marin dan Polis Air (Polair)Indonesia akan terus mempertingkatkan kerjasama bagi membanteras kegiatan penyeludupan dadah dan manusia di sempadan perairan kedua-dua negara.

Komander Polis Marin Wilayah 4 Sabah ACP Mohammad Madun berkata antara kerjasama yang akan jalankan ialah daripada segi meningkatkan pertukaran maklumat.

"Untuk membanteras aktiviti penyeludupan dadah dan manusia adalah sukar dan mendatangkan banyak cabaran kepada kami. Oleh itu kami perlu mempertingkatkan kerjasama bagi menjalankan tugas dan operasi di kawasan sempadan perairan kedua-dua negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pihak Polair di kapal peronda di sempadan Pulau Sebatik dan Nunukan dekat sini, semalam.

Pihak Polair diketuai Pengarah Polair Kalimantan Timur Komisaris Besar Polisi Bastumy Sanap. Turut hadir pada pertemuan itu ialah Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah dan beberapa pegawai kanan polis.

Sementara itu Bastumy berkata dengan kerjasama pihak berkuasa Malaysia, pihaknya telah beberapa kali mematahkan cubaan menyeludup dan mengedar dadah di sekitar kawasan sempadan kedua-dua negara.

"Kami tidak akan berkompromi dengan anasir pemusnah masyarakat dan negara itu kerana dadah merupakan musuh utama di mana-mana negara di dunia ini," katanya.

Beliau berkata selain itu pihaknya juga akan berkerjasama dengan pihak berkuasa di Malaysia bagi memantau penyeludupan barang larangan lain seperti minuman keras.

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 6.01 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.37 PM