Jamuan Raya 1 Malaysia Persatuan Penduduk Blok Melati
Keramat Wangsa, Kuala Lumpur, 24 September 2011- Dengan kerjasama daripada Persatuan Penduduk Keramat AU, MAPEMS, MP4 dan DBKL, Persatuan Penduduk Blok Melati PDRM telah mengadakan Jamuan Raya 1 Malaysia bertempat di Dewan Blok Melati, Jln 29/56, Keramat Wangsa Kuala Lumpur semalam.
Hadir sebagai tetamu kehormat pada majlis ini ialah YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara bersama isteri, Y.B Dato' Sri Zulhasnan Rafique, Ahli Parlimen Setiawangsa bersama isteri, tetamu-tetamu jemputan serta warga Blok Melati.
Turut berlangsung dalam majlis ini adalah pemberian sumbangan dan duit raya kepada 21 orang anak-anak yatim surau At-Taqwa,Hulu Langat, Selangor,mangsa tragedi tanah runtuh dan 13 orang golongan 6 asnaf dari Blok Melati PDRM.
Gambar Sepanjang Majlis Dijalankan

YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara sedang barbincang denganY.B Dato' Sri Zulhasnan Rafique, Ahli Parlimen Setiawangsa.

Persembahan silat daripada remaja Melati.

Persembahan tarian oleh remaja Melati di bawah pimpinan Kpl Rudiah binti Ismail dari Muzium PDRM.

YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar Ketua Polis Negara bersama Y.B Dato' Sri Zulhasnan Rafique, Ahli Parlimen Setiawangsa menyampaikan sumbangan raya kepada anak-anak yatim surau At-Taqwa Hulu Langat, mangsa kejadian tanah runtuh.

Y.Bhg Puan Sri Hjh Suriatibte Md Sobri bersama Y.Bhg DatinSri Nooriah Ana Razak menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak Blok Melati.

YDH Tan SriHj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negaramewakili PDRM bagi menerima sumbangan ikhlas20 buah kerusi roda daripadaPersatuan Penghuni Rumah Kediaman PDRM Hulu Klang yang disampaikan oleh SI Hj Ismail bin Hj Md Zain, Pengerusi Persatuan Penghuni Rumah Kediaman PDRM.

SI Hj Ismail bin Hj Md Zain, Pengerusi Persatuan Penghuni Rumah Kediaman PDRM menyampaikan cenderahati tanda penghargaan kepada YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara.

SI Hj Ismail bin Hj Md Zain, Pengerusi Persatuan Penghuni Rumah Kediaman PDRM menyampaikan cenderahati tanda penghargaan kepada YB Dato' Sri Zulhasnan Rafique, Ahli Parlimen Setiawangsa.

YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara menyampaikan cenderahati penghargaan kepada Y.Bhg Dato' Dr. Mohd Daud bin Yahya, Pengerusi Badan Kebajikan Kakitangan PUSRAWI.

YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara menyampaikan cenderahati penghargaan kepada Y.Bhg En. Husni bin Ali, Pengerusi Pentadbiran PUSRAWI.

YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara menyampaikan cenderahati penghargaan kepada wakil Ketua Polis Daerah Sentul.

YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara menyampaikan cenderahati penghargaan kepada YDH Supt Ali bin Ahmad daripada Kem Komandan Bukit Aman.
Gambar Kenangan Bersama VIP

Gambar kenangan bersama barisan AJK Melati.

Gambar kenangan bersama barisan Biro Wanita Melati.

Gambar kenangan bersama barisan Briged Remaja Melati.

Gambar kenangan bersama mangsa kejadian tanah runtuh, anak-anak yatim Surau At-Taqwa, Hulu Langat.
Jurufoto: Konst Raymond
Wartawan : Konst Raymond
Penyunting : F29 Siti Fatimah Binti Abdul Manan