Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sambutan Aidilfitri Peringkat Ipd Ampang Jaya Selangor

Diterbitkan: 11 Jun 2014 7.04 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Majlis bermula jam 8.30 malam dihadiri kira-kira 2000 orang Pegawai Kanan Polis dan Anggota Polis bersama ahli-ahli keluarga, kakitangan awam serta penduduk-penduduk setempat Daerah Ampang Jaya. Pelba..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sambutan-aidilfitri-peringkat-ipd-ampang-jaya-selangor
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:17 MYT

Ampang - 23 September 2011

Seluruh umat Islam di Malaysia telah menyambut hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri pada 30 Ogos yang lalu setelah sebulan mengerjakan ibadah puasa dalam bulan Ramadhan. Bulan mulia ini, IPD Ampang Jaya tidak melepaskan peluang mengadakan sambutan Aidilfitri bagi meraikan seluruh warganya tanpa mengira bangsa serta agama.

Majlis sambutan kali ini diserikan dengan kehadiran YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara yang turut sudi melapangkan masa walaupun sibuk dengan kekangan tugas. Turut hadir Majlis petang ini ialah YDH DCP Dato' Tun Hisan bin Dato' Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor, YDH SAC Dato' A. Thaiveegan, Timbalan Ketua Polis Selangor, Ketua-Ketua Jabatan Kontinjen Selangor, Ketua-ketua Polis Daerah Kontinjen Selangor, Wakil Agensi-Agensi Kerajaan, Swasta dan Wakil-Wakil Media.

Majlis bermula jam 8.30 malam dihadiri kira-kira 2000 orang Pegawai Kanan Polis dan Anggota Polis bersama ahli-ahli keluarga, kakitangan awam serta penduduk-penduduk setempat Daerah Ampang Jaya. Pelbagai juadah istimewa disediakan oleh Ketua-ketua bahagian, Ketua-Ketua-Ketua Polis Balai dan Ketua-Ketua Cawangan IPD Ampang Jaya, antaranya lemang, ketupat, satay, rendang, nasi impit dan kuih-muih. Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan Kumpulan Ghazal dengan dendangan koleksi lagu-lagu terbaik Hari Raya.

Kemuncak majlis adalah penyampaian sumbangan duit raya oleh YDH Ketua Polis Negara kepada kanak-kanak yang hadir malam ini. Majlis berakhir jam 11.30 malam dengan reaksi dan maklumbalas positif terhadap majlis yang dianjurkan pada tahun ini. Secara amnya, majlis ini telah mencapai objektif utama iaitu merapatkan hubungan silaturahim dan memupuk semangat tanpa mengira bangsa serta agama. Objektif ini bertepatan dengan amanat dan Wawasan 1 Malaysia YAB Perdana Menteri Malaysia sebagai sebuah negara yang aman serta makmur menjelang 2020.


Sambutan Aidilfitri Peringkat Ipd Ampang Jaya Selangor
Ketibaan YDH DCP Dato' Tun Hisan bin Dato' Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor

Sambutan Aidilfitri Peringkat Ipd Ampang Jaya Selangor
Ketibaan YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara

Sambutan Aidilfitri Peringkat Ipd Ampang Jaya Selangor
Dari Kiri... Isteri Dato' Dr. Ma'amor, Puan Sri Hajjah Suriati Md. Sobri dan YDH SAC Dato' Zaleha bt. Abd. Rahman

Sambutan Aidilfitri Peringkat Ipd Ampang Jaya Selangor

Sambutan Aidilfitri Peringkat Ipd Ampang Jaya Selangor

Sambutan Aidilfitri Peringkat Ipd Ampang Jaya Selangor
Antara yang hadir

Sambutan Aidilfitri Peringkat Ipd Ampang Jaya Selangor

Sambutan Aidilfitri Peringkat Ipd Ampang Jaya Selangor
YDH DCP Dato' Tun Hisan bin Dato' Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor bersama YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara

Sambutan Aidilfitri Peringkat Ipd Ampang Jaya Selangor
YDH ACP Amiruddin b. Jamaluddin, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya bersama Dato' Zaman Khan

Sambutan Aidilfitri Peringkat Ipd Ampang Jaya Selangor

Sambutan Aidilfitri Peringkat Ipd Ampang Jaya Selangor
YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara, Yang Berbahagia Dato' Suibu, Pengerusi Pengurup Wang Malaysia menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir

Sambutan Aidilfitri Peringkat Ipd Ampang Jaya Selangor
Para tetamu juga dihiburkan dengan persembahan hiburan Kumpulan Ghazal yang telah mendendangkan koleksi lagu-lagu terbaik Hari Raya

Sambutan Aidilfitri Peringkat Ipd Ampang Jaya Selangor
YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara sempat melawat gerai Kambing Bakar Ketua Polis Balai Ampang


Sambutan Aidilfitri Peringkat Ipd Ampang Jaya Selangor

Sambutan Aidilfitri Peringkat Ipd Ampang Jaya Selangor
YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara beramah mesra dengan tetamu yang hadir



Teks & Gambar
Cawangan Hal Ehwal Awam
IPD Ampang Jaya, Selangor
Penyunting : Konst. Raymond Martin

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 7.04 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM