Artikel
Bola Sepak Piala Ketua Polis Negara 2011
Tidak mustahil, satu hari nanti Pasukan Bola Sepak PDRM akan muncul semula sebagai 'team' yang dibanggakan dan mampu mendominasikan sukan ini di tanah air..
PULAPOL Kuala Lumpur - 25 September 2011. "Tidak mustahil, satu hari
nanti Pasukan Bola Sepak PDRM akan muncul semula sebagai 'team' yang
dibanggakan dan mampu mendominasikan sukan ini di tanah air", kata
perangsang oleh YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis
Negara di Majlis Penutupan Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Polis Negara
2011 di Padang Bola Sepak Utama, PULAPOL Kuala Lumpur pada petang ini.
"Kita pernah melahirkan jaguh-jaguh bola sepak yang dikenali ramai seperti Dato' Dell Akhbar Khan, Osman Bakar, Bahwandi Hiralal, contohilah sejarah kegemilangan masa lalu sebagai pembakar semangat dan motivasi, bagi melahirkan pasukan yang lebih mantap dan kuat", tambah beliau lagi.
"Berilah sokongan dan dan semangat kepada Pasukan Bola Sepak PDRM yang sedang bertanding di peringkat kebangsaan bagi merebut Piala Malaysia agar terus berjaya di masa-masa akan datang dengan para pemainnya nanti adalah terdiri daripada saudara-saudara sekelian", harapan oleh YDH Ketua Polis Negara di akhir ucapannya.
Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Polis Negara bermula pada tahun 2005, merupakan satu langkah positif dengan tujuan mencari dan mencungkil seberapa ramai bakat baru yang berkaliber dan berpontesi bagi mewakili PDRM dalam kejohanan liga kebangsaan dan seterusnya mewakili negara ke peringkat antarabangsa.
Kejohanan kali ini dianjurkan oleh Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL KL) dan sebanyak 20 kontinjen telah menghantar pemain-pemain di kejohanan ini. Penganjuran kejohanan ini bukan sahaja mampu meningkatkan mutu dan prestasi para atlet PDRM tetapi juga meningkatkan kecergasan diri, menyihatkan minda supaya dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan baik tanpa sebarang masalah kesihatan.
Turut hadir di majlis penutupan kejohanan dan menyaksikan perlawanan akhir pada petang ini ialah YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH CP Dato' Wira Syed Ismail bin Syed Azizan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, YDH DCP Dato' Abd. Rahim bin Hj. Hanafi, Pemangku Pengarah Pengurusan, YDH SAC Zulkefli bin Mohamed, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, YDH Ketua-ketua Polis Negeri, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, Ahli-ahli Majlis Sukan PDRM, Pengurus-pengurus Pasukan serta dif-dif jemputan.
Perlawanan akhir pada petang ini menemukan pasukan dari kontinjen Johor menentang Briged Utara dengan keputusan memihak kepada kontinjen Johor. Kemenangan di tentukan dengan sepakan penalti apabila kedua-dua pasukan terikat 1+1 sehingga masa tambahan. Kontinjen Briged Tengah pula menduduki tempat Ketiga sementara kontinjen Selangor di tempat Keempat. Kontinjen Perak pula dinobatkan pasukan yang bermain dengan permainan yang bersih, sementara pemain dari kontinjen Negeri Sembilan diistiharkan penjaring terbanyak dan permain terbaik di sepanjang kejohanan pula dari kontinjen Johor.

Penyambut tetamu...

Pancaragam Pusat PDRM menghiburkan tetamu yang hadir sementara menunggu perlawanan akhir...

YDH Ketua Polis Negara dan YDH Timbalan Ketua Polis Negara menyaksikan perlawanan akhir antara kontinjen Johor menentang Briged Utara...
Aksi-aksi sepanjang perlawanan akhir...

Penentuan pemenang..sepakan penalti

Upacara penyampaian hadiah oleh YDH Ketua Polis Negara

Kontinjen Perak...permainan bersih

Tempat Keempat..Kontinjen Selangor

Ketiga...Kontinjen Briged Tengah

Naib Juara..Briged Utara

Penjaring terbanyak dengan jumlah jaringan 8 gol...

Pemain Terbaik kejohanan dari Kontinjen Johor...
Juara..Kontinjen Johor

Cenderahati yang disampaikan oleh YDH KOmandan PULAPOL Kuala Lumpur kepada YDH Ketua Polis Negara

Cenderahati kepada YDH Timbalan Ketua Polis Negara
Wartawan/Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan