Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Jalinan Kerjasama Berterusan Pdrm Dan Polri

Diterbitkan: 11 Jun 2014 7.02 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Mesyuarat TPLK ini adalah mesyuarat tahunan yang diadakan secara bergilir-gilir di antara kedua-dua kepolisan dan merupakan sebuah aktiviti di bawah payung Joint Police Cooperation Committee (JPCC) Ma..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jalinan-kerjasama-berterusan-pdrm-dan-polri
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:26 MYT

Kuala Lumpur , 22 Sept - "Walaupun terdapat sekatan bajet dalam pengendalian semua aktiviti kerjasama ini, kami (PDRM) tetap berusaha untuk merealisasikan pelaksanaannya pada masa akan datang, perkara ini tidak akan dijadikan sebagai satu alasan untuk menangguhkannya kerana latihan adalah satu bidang yang penting  dalam memajukan masa depan sesebuah organisasi kepolisan," ujar YDH SAC Dato' Shahbudin bin Abdul Wahab, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur  dalam ucapannya sempena Majlis Makan Malam Penutup Mesyuarat ke-38 Tim Perancang Latihan Kepolisan (TPLK) PDRM Dan Kepolisian Negara Republik Indonesia (POLRI) di Hotel Legend, Kuala Lumpur, hari ini.

Mesyuarat TPLK ke-38 ini telah berlangsung di Hotel Legend sejak 19  September lalu dan akan berakhir pada 23 September ini di mana ianya turut dipengerusikan sendiri oleh YDH SAC Dato' Shahbudin yang mewakili PDRM.

Majlis pada malam ini dihadiri oleh YDH DCP Dato' Muhammad Fuad bin Abu Zarim, Timbalan Pengarah Jabatan KDN/KA (PGA/ Pengurusan Sempadan/ Kawalan LTAB) yang juga merupakan Pengerusi Tim Perancang Organisasi Kepolisan (TPOK) Malaysia, Y.Bhg Bapak Brijedier Jeneral Polisi DRS. Widyo Sunaryo, Kepala Biro Misi Internasional, Divisyen hubungan Internasional Markas Besar Polisi Indonesia, Jakarta, Pegawai-pegawai PDRM, Delegasi-delegasi POLRI dan tetamu-tetamu jemputan.

Majlis diserikan dengan persembahan daripada Kumpulan Quartet PDRM dan turut diiringi dengan persembahan daripada hadirin  yang berkongsi bakat nyanyian dengan hadirin yang lain.

Penutupan majlis menyaksikan upacara pertukaran dokumen di antara PDRM dan POLRI, seterusnya penyerahan cenderahati daripada kedua-dua pihak.

Mesyuarat TPLK ini adalah mesyuarat tahunan yang diadakan secara bergilir-gilir di antara kedua-dua kepolisan dan merupakan sebuah aktiviti di bawah payung Joint Police Cooperation Committee (JPCC) Malindo yang mana ianya merupakan sebuah aktiviti khas 'Police To Police' antara PDRM dan POLRI.

JPCC Malindo ini pula bernaung di bawah badan General Border Committee (GBC) Malindo yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan kedua-dua negara.

Objektif mesyuarat ini adalah untuk mengkordinasikan program-program latihan antara kedua-dua negara, antaranya ialah Program Pertukaran Personel, Latihan Bersama Aman Malindo dan penawaran kursus-kursus di bidang akademik mahupun fizikal kepada kedua-dua pihak dalam rangka meningkatkan pengetahuan serta bertukar-tukar pengalaman dalam menangani krisis ataupun jenayah selain merapatkan baik antara kedua-dua jabatan kepolisan ini. 

Jalinan Kerjasama Berterusan Pdrm Dan Polri
Y.Bhg Bapak Brijedier Jeneral Polisi DRS. Widyo Sunaryo bersama YDH SAC Dato' Shahbudin bin Abdul Wahab.

Jalinan Kerjasama Berterusan Pdrm Dan Polri
Jalinan Kerjasama Berterusan Pdrm Dan Polri
Pegawai-pegawai Kanan PDRM bersama-sama dengan Delegasi-delegasi POLIRI.

Jalinan Kerjasama Berterusan Pdrm Dan Polri
Jalinan Kerjasama Berterusan Pdrm Dan Polri
Jalinan Kerjasama Berterusan Pdrm Dan Polri
SIMBOLIK KERJASAMA...Upacara pertukaran dokumen dan cenderahati antara PDRM dan POLRI.

Jalinan Kerjasama Berterusan Pdrm Dan Polri
Ucapan daripada Y.Bhg Bapak Brijedier Jeneral Polisi DRS. Widyo Sunaryo.

Jalinan Kerjasama Berterusan Pdrm Dan Polri
Ucapan daripada YDH SAC Dato' Shahbudin bin Abdul Wahab.

Sekitar Majlis Tersebut
Jalinan Kerjasama Berterusan Pdrm Dan Polri
Jalinan Kerjasama Berterusan Pdrm Dan Polri
Jalinan Kerjasama Berterusan Pdrm Dan Polri
Jalinan Kerjasama Berterusan Pdrm Dan Polri
Jalinan Kerjasama Berterusan Pdrm Dan Polri
Jalinan Kerjasama Berterusan Pdrm Dan Polri
Jalinan Kerjasama Berterusan Pdrm Dan Polri


Jurufoto        :    L/Kpl Shahreel
Wartawan        :  L/Kpl Irfan
Penyunting    :    Sjn Zaiddin

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 7.02 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM