Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Penutupan Program Sarjana Sains Sosial Dan Diploma Siswazah Sains Kepolisan Sesi 2010 2011

Diterbitkan: 11 Jun 2014 7.01 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Saya dan seluruh warga PDRM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah sekali lagi membantu merealisasikan wawasan akademik ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-penutupan-program-sarjana-sains-sosial-dan-diploma-siswazah-sains-kepolisan-sesi-2010-2011
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:22 MYT
Cheras, 23 Sept. 2011 - "Saya dan seluruh warga PDRM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah sekali lagi membantu merealisasikan wawasan akademik PDRM melalui kedua-dua program pengajian ini. Sehingga kini program kerjasama ini telah berjaya melahirkan 97 graduan di peringkat Sarjana dan 971 graduan di peringkat Diploma. Ini adalah satu kejayaan yang sungguh membanggakan", ujar YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dalam ucapan sempena Majlis Penutupan Program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) dan Program Diploma Siswazah Sains Kepolisan Sesi 2010/2011 yang berlangsung di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur, Cheras.

Majlis penutupan ini amat menarik apabila diadakan serentak bersempena Konvokesyen kali ke-39 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta kehadiran dengan gandaan para graduan, jemputan dan ahli keluarga yang turut sama menyaksikan dan meraikan kejayaan para graduan.

Program Ijazah Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) buat pertama kali telah diadakan pada 3 Jun 2004 di Maktab PDRM Kuala Lumpur. Tempoh kursus tersebut mengambil masa selama 18 bulan. Program ini tercatat dalam Arahan Ketua Polis Negara no. 58 bertarikh 3 Mac 2004 dan telah berjaya melahirkan seramai 79 graduan.

Manakala Program Diploma Siswazah Sains Kepolisan (DSK) mula diperkenalkan pada tahun 1984 untuk menyahut keperluan kepolisan moden. Program ini dianjur dan dikendalikan bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Maktab PDRM Kuala Lumpur. Program Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) buat pertama kalinya diadakan pada 3 Jun 2004 di Maktab PDRM.

Sejajar dengan visi "Meningkatkan Profesionalisme Kepolisan Melalui Latihan Yang Berterusan" dan misi "Melahirkan Tenaga Manusia Yang Berkeupayaan Tinggi dan Berwibawa Untuk Memenuhi Ekspetasi Kepolisan Moden Selaras Dengan Dasar Pembangunan Negara Ke Arah Wawasan 2020". Oleh yang demikian, Maktab PDRM Kuala Lumpur telah berjaya melahirkan graduan-graduan yang berkualiti di kalangan Pegawai-pegawai Kanan Polis.

Dalam ucapan YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, "program-program seperti ini merupakan pelaburan sumber manusia yang telah memberi pulangan atau "return on invesment"  yang sangat signifikan kepada PDRM. Ramai di kalangan pengarah, timbalan pengarah dan pengurusan tertinggi pasukan yang telah mendapat manfaat daripada program ini".

Pada sesi ini seramai 19 orang pegawai akan menerima Ijazah Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan), manakala 33 lagi akan menerima Diploma Siswazah Sains Kepolisan.  

Turut hadir di majlis ini, YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, Y.Bhg Prof. Dr. Abdul Rahim bin Md. Nor, Wakil Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA, YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik PDRM, YDH DCP Dato' Abd. Rahim bin Haji Hanafi, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), YDH SAC Dato' Shahbudin bin Abdul Wahab, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, Y.Bhg wakil-wakil dari Kedutaan Brunei Darussalam dan Angkatan Tentera Malaysia, para pensyarah Pengajian Sarjana Sains Sosial dan Diploma Siswazah Sains Kepolisan, Pegawai-pegawai Kanan Polis serta wakil-wakil media. 

Seterusnya majlis diakhiri dengan upacara perarakan membawa keluar bendera-bendera dari dewan dan sesi bergambar bersama pucuk pimpinan PDRM 


Majlis Penutupan Program Sarjana Sains Sosial Dan Diploma Siswazah Sains Kepolisan Sesi 2010 2011
Ketibaan YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

Majlis Penutupan Program Sarjana Sains Sosial Dan Diploma Siswazah Sains Kepolisan Sesi 2010 2011
Ketibaan YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam

Majlis Penutupan Program Sarjana Sains Sosial Dan Diploma Siswazah Sains Kepolisan Sesi 2010 2011
Ketibaan YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara disambut oleh YDH Dato' Shahbudin bin Abdul Wahab, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur

Majlis Penutupan Program Sarjana Sains Sosial Dan Diploma Siswazah Sains Kepolisan Sesi 2010 2011
Ketibaan YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara disambut oleh Pegawai-Pegawai Kanan Polis

Majlis Penutupan Program Sarjana Sains Sosial Dan Diploma Siswazah Sains Kepolisan Sesi 2010 2011
YDH Ketua Polis Negara menandatangani Buku Pelawat

Majlis Penutupan Program Sarjana Sains Sosial Dan Diploma Siswazah Sains Kepolisan Sesi 2010 2011
Turut menandatangani Buku Pelawat.. Y.Bhg Prof. Dr. Abd. Rahim bin Md. Nor, Timbalan Dekan (Siswazah Dan Hubungan Antarabangsa) Universiti Kebangsaan Malaysia

Majlis Penutupan Program Sarjana Sains Sosial Dan Diploma Siswazah Sains Kepolisan Sesi 2010 2011
Ucapan oleh YDH Ketua Polis Negara dan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Program

Penyampaian Sijil Tamat Pengajian Kepada Graduan Program
Majlis Penutupan Program Sarjana Sains Sosial Dan Diploma Siswazah Sains Kepolisan Sesi 2010 2011

Majlis Penutupan Program Sarjana Sains Sosial Dan Diploma Siswazah Sains Kepolisan Sesi 2010 2011

Majlis Penutupan Program Sarjana Sains Sosial Dan Diploma Siswazah Sains Kepolisan Sesi 2010 2011

Majlis Penutupan Program Sarjana Sains Sosial Dan Diploma Siswazah Sains Kepolisan Sesi 2010 2011

Majlis Penutupan Program Sarjana Sains Sosial Dan Diploma Siswazah Sains Kepolisan Sesi 2010 2011

Majlis Penutupan Program Sarjana Sains Sosial Dan Diploma Siswazah Sains Kepolisan Sesi 2010 2011


Majlis Penutupan Program Sarjana Sains Sosial Dan Diploma Siswazah Sains Kepolisan Sesi 2010 2011
P/ACP Razarudin bin Husain @ Abd. Rasip, Peserta Terbaik Ijazah Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) Sesi 2010/11

Majlis Penutupan Program Sarjana Sains Sosial Dan Diploma Siswazah Sains Kepolisan Sesi 2010 2011
DSP Mohd Asri bin Md Akhir, Peserta Terbaik Program Diploma Siswazah Sains Kepolisan Sesi 2010/11

Majlis Penutupan Program Sarjana Sains Sosial Dan Diploma Siswazah Sains Kepolisan Sesi 2010 2011
Bergambar kenangan bersama Peserta Program Ijazah Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) Sesi 2010/11

Majlis Penutupan Program Sarjana Sains Sosial Dan Diploma Siswazah Sains Kepolisan Sesi 2010 2011
Bergambar Kenangan bersama Peserta Program Diploma Siswazah Sains Kepolisan Sesi 2010/11


Wartawan  : L/Kpl M Lokmanul Hakim bin S.Nor
Jurufoto    : L/Kpl Edwind Indo dan L/Kpl
M Lokmanul Hakim bin S.Nor



ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 7.01 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM