Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Jabatan Pengurusan Juara Perbarisan Maulidul Rasul 1431 H

Diterbitkan: 10 Jun 2014 1.58 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bukit Aman - 5 Mac 2010. Pasukan Jabatan Pengurusan telah menjuarai Perarakan Sambutan Maulidul Rasul, Peringkat Ibu Pejabat Polis Bukit Aman tahun 2010. Sementara Cawangan Khas tempat kedua dan Pasuk..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jabatan-pengurusan-juara-perbarisan-maulidul-rasul-1431-h
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:47 MYT

Bukit Aman - 5 Mac 2010. Pasukan Jabatan Pengurusan telah menjuarai Perarakan Sambutan Maulidul Rasul, Peringkat Ibu Pejabat Polis Bukit Aman tahun 2010. Sementara Cawangan Khas tempat kedua dan Pasukan Jabatan KDN/KA tempat ketiga.

Perarakan yang diketuai oleh YDH Tan Sri Ismail Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, pengarah-pengarah, timbalan-timbalan pengarah pelbagai jabatan PDRM serta isteri masing-masing bermula dari Bangunan 4 Tingkat dan berakhir di perkarangan Masjid Bukit Aman.

Turut menyertai perarakan ialah pasukan Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Logistik, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Pasuakan Petugas Khas (Anti Terrorism) dan Bahagian Urusetia KPN (Tata Tertib).

Satu forum khas sempena sambutan Maulidul Rasul turut diadakan di Dewan Serbaguna Masjid Bukit Aman. Forum berkisar kepimpinan Rasullullah telah disampaikan oleh ahli-ahli panel jemputan khas ia itu Ustaz Mohd. Farid Ravi Abdullah dan Ustaz Badli Shah Alauddin serta Supt. Haji Ghazali Hj. Daud sebagai moderator.

Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan perarakan sempena Sambutan Maulidul Rasul telah disempurnakan oleh Datuk Seri Mohd Bakri Zinin. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah.

Jabatan Pengurusan Juara Perbarisan Maulidul Rasul 1431 H
YDH Tan Sri Ismail Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara mengetuai perarakan

Jabatan Pengurusan Juara Perbarisan Maulidul Rasul 1431 H
Jabatan Pengurusan telah menjuarai Perarakan Sambutan Maulidul Rasul, Peringkat Ibu Pejabat Polis Bukit Aman tahun 2010/1431 H.

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 1.58 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM