Kuala Lumpur - 7 Mac 2010.
Edisi ke-15 Le Tour de Langkawi 2010 (LTdL 2010) membuka tirainya
di Kota Bharu pada 1 Mac 2010 dan tamat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
pada 7 Mac 2010, di mana Kementerian Belia dan Sukan (KBS) merupakan
penaja dan penganjur utama Le Tour de Langkawi 2010.
Le
Tour de Langkawi 2010 akan mengharungi laluan di kawasan timur, selatan
dan tengah Semenanjung Malaysia secara berperingkat selama tujuh hari.
Laluan perlumbaan ini akan merentasi Jalan Persekutuan, Negeri dan
Bandaran yang berbukit bukau, berliku-liku dan curam serta kawasan
persisiran pantai sejauh 1013.9 km manakala jarak laluan ke tempat
permulaan/penamat/hotel penginapan ialah sejauh 950 km.
Perlumbaan basikal ini
merupakan agenda nasional di mana ianya berjaya mengumpulkan badan-badan
kerajaan persekutuan, negeri dan daerah serta badan-badan beruniform
sambil mempromosikan negara di mata dunia. Dijangka seramai 1.8 bilion
penduduk dunia akan menyaksikan Le Tour de Langkawi 2010 yang akan
disiarkan oleh 20 buah stesyen televisyen. Seramai lebih kurang 1200
orang pegawai perlumbaan, urusetia kejohanan, pegawai-pegawai dan
anggota badan beruniform serta sukarelawan terlibat di Le Tour de
Langkawi 2010 dan penggunaan sebanyak 400 buah kenderaan bagi kegunaan
sepanjang Le Tour de Langkawi 2010.
LTdL
2010 adalah perlumbaan basikal keempat berprestij di dunia selepas Tour
de France, Vuelta d'Espania dan Giro d'Italia. Tahun ini merupakan
tahun keenam berturut-turut acara ini masih dikekalkan status 'Hors
Classe 2.0' dan diiktirafkan oleh pihak Union Cyclist Internasional
(UCI), hanya kepada negara-negara penganjur yang berkredibiliti
penganjurannya dan tahap keselamatan berada di tahap maksimun. Semenjak
diperkenalkan pada tahun 1996, LTdL 2010 yang telah memasuki edisi ke-15
telah menarik penyertaan seramai 112 orang pelumba yang datang dari 30
buah negara, dari 20 pasukan profesional dari Eropah dan Asia. Tiap-tiap
pasukan ini akan diwakili oleh 6 orang pelumba yang bertaraf 'Pro Tour
Teams' - 5 pasukan, 'Continental Profesional Teams' - 1 pasukan,
'Continental Teams' - 11 dan 'Nasional Teams' - 3 pasukan.
Perlumbaan
berlangsung pada hari pertama iaitu 1 Mac 2010 dimana peserta bermula
di Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan dan tamat di Jalan
Besar,Kuala Berang, Terengganu yang membabitkan perjalanan sejauh 174.5
kilometer. Laluan kedua, peserta meneruskan perjalanan dari Dataran
Shahbandar, Kuala Terengganu ke Jalan Padang, Chukai dengan jarak
kayuhan sejauh 182.3 kilometer. Laluan ketiga pada 3 Mac 2010 bermula
dari Dataran Pekan, Pahang dan tamat di Terminal Feri, Mersing,
Johor melalui laluan sejauh 145.6 kilometer.
Keesokkan
harinya, laluan keempat bermula dari Terminal Feri Mersing ke Parit
Sulong, Batu Pahat, Johor dengan jarak kayuhan sejauh 163.5 kilometer.
Laluan kelima pada 5 Mac 2010 dari Dataran Muar, Johor ke Telok Kemang,
Port Dickson, Negeri Sembilan sejauh 111.5 kilometer. Laluan keenam pula
bermula dari Bangunan KBS, Putrajaya ke Genting Highlands dengan jarak
sejauh 102.8 kilometer. Laluan terakhir, Ahad 7 Mac 2010 bermula
di Pasar Awam Kuala Kubu Baru, melalui laluan Ampang Pecah, Serendah,
Rawang, Pekan Batu Arang, Sungai Buloh, Jalan Ipoh, Jalan Chow Kit,
Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka. Pelumba-pelumba kemudian
akan membuat 6 pusingan dengan melalui Lebuh Pasar, Medan Pasar, Jalan
Tun Perak, Jalan Raja Chulan, Jalan Sultan Ismail, Jalan P. Ramlee,
Jalan Ampang, dan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan mengakhiri garisan
penamatnya di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dengan jarak sejauh 133.7
kilometer.
Sejak diperkenalkan pada tahun 1996, Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memainkan peranan yang besar bagi menentukan kejayaan perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi 2010. Ianya bukan saja dari segi menentukan tahap keselamatan serta kelancaran peserta-peserta perlumbaan basikal, peserta-peserta Cavalcade LTdL 2010 dan petugas-petugas terjamin, malahan aspek-aspek keselamatan orang ramai juga dititik beratkan dibahu PDRM. Penugasan yang lain ialah membuat hebahan awal kepada kenderaan dan orang awam, menghubungi kontinjen daerah yang akan dilalui, memastikan konvoi perlumbaan mengikut arah yang dirancang dan mengenal pasti halangan yang merbahaya kepada pelumba dan konvoi. Tugas yang dipertanggungjawabkan dan di amanah ini adalah bagi menentukan keselamatan dan kelancaran serta keselesaan bukan sahaja kepada para pelumba tetapi juga kepada pegawai kejohanan dan penonton yang tetap setia memberi sokongan dan mendapat kepujian dari pihak penganjur.
Polis Diraja Malaysia telah
diketuai oleh YDH SAC II Dato' Abd Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan
Polis Diraja Malaysia selaku Pegawai Pemerintah. YDH Supt. Hamzah bin
Ahmad bertindak sebagai Penolong Pegawai Pemerintah dan ASP Md. Dali
bin Wahid, sebagai Pegawai Pemerintah Medan.
Penugasan
eskot terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu Konvoi Perlumbaan (Race
Team) dan Konvoi Calvacade. Konvoi Perlumbaan dibahagikan kepada
beberapa bahagian seperti Command, Lead Car, Pilot Command, Hazard,
Advance, Clearance, Tecnical Comminication, Team Mechanics dan Team
Bagasi. Race Team diketuai oleh ASP Md. Dali bin Wahid sebagai Command 1
dan dibantu oleh ASP Shaifulizan bin Sulaiman sebagai Pilot 1 dengan
keanggotaan seramai 71 orang. Lain-lain penugasan ialah Konvoi Cavalcade
yang terdiri daripada Lead Cavalcade, Police PRO, Police Cavalcade
dan Motor Cavalcade yang diketuai oleh ASP Sahimi bin Husin dengan
keanggotaan seramai 16 orang. Team Logistik pula terdiri dari
Komunikasi, Mekanik, Bagasi 1, 2 dan 3 dengan keanggotaan seramai 12
orang. Keseluruhan yang terlibat bagi Cawangan Trafik ialah 9 pegawai
dan 91 orang anggota.
Unit
Udara pula seramai 13 orang dan diketuai oleh Supt. Mohamad Yatim bin
Haji Shamsuri, sementara Bahagian Keselamatan (Sekuriti) diketuai oleh
ASP Mohamed Shafi bin Haji Ali dengan kekuatan seramai 40 orang.
Sepanjang Le Tour de Langkawi 2010, penugasan Polis Diraja Malaysia dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu :-
Kumpulan Pertama
Kumpulan
Konvoi Utama ditugaskan mengiringi pelumba-pelumba basikal. Kumpulan
ini terdiri daripada 4 buah kenderaan iaitu Command 1, Command 2,
Command 3 dan Police Lead Vehicle. Dalam kumpulan ini juga, anggota
pilot bermotosikal dibahagikan kepada 4 kumpulan dimana kumpulan pertama
dihadapan sekali membuat tugas Clearance. Kumpulan ini bertindak
sebagai pemberi amaran awal kepada semua kenderaan dari kedua-dua
arah. Kumpulan kedua membuat tugas Hazard, memastikan konvoi perlumbaan
mengikut arah yang dirancangkan, mengenalpasti halangan yang merbahaya,
bertindak sebagai penunjuk bahaya dan halangan dihadapan. Kumpulan
ketiga ialah kumpulan Advance, menentukan kenderaan dari kedua-dua arah
berhenti ditempat yang sesuai dan selamat, kenderaan berhenti dan
disusun dengan rapat ke kiri jalan supaya tidak menjadi halangan dan
menutup semua simpang yang perlu. Kumpulan yang terbesar ialah Pilot
Command, bertindak sebagai kumpulan Eskot, iaitu memastikan tiada
sebarang kenderaan berada di kiri kanan jalan, tentukan semua simpang
dan laluan di hadapan tidak mempunyai halangan dan memastikan
keselamatan pelumba dari permulaan sehingga kepada penamat.
Kumpulan Kedua
Pasukan
Keselamatan (Sekuriti) ditubuhkan untuk mengawal keselamatan Zon
Teknikal. Selain itu, mereka juga akan memastikan keselamatan peserta
serta penonton selamat, melencongkan kenderaan 'Team Car' mengikut
laluan yang betul di penamat, menjaga keselamatan pasukan bertanding dan
urusetia pertandingan semasa berada di hotel penginapan, menentukan
media dan orang kenamaan berada ditempat yang sepatutnya dan memastikan
acara yang dijalankan dapat dilaksanakan mengikut jadual yang telah
ditetapkan.
Kumpulan Ketiga
Pasukan
Unit Udara PDRM ditubuhkan dengan tujuan mengawas pergerakan konvoi
basikal dan menyalurkan maklumat kepada Command 1. Kumpulan ini juga
akan memantau pergerakkan lalulintas dari jarak 10 km ke hadapan,
kedudukan konvoi Cavalcade, membawa dan bertindak selaku 'Airbone
Repeater' dan juga sebagai 'Relay Station' dengan menara kawalan
sekiranya berlaku gangguan perhubungan .
Kumpulan Keempat
Pasukan
Bantuan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen/Daerah disepanjang laluan
perlumbaan bagi menutup simpang-simpang dan juga membuat tugas jaga aman
di tapak permulaan dan penamat. Selain itu turut sama membantu mengawal
lalulintas ialah dari lain-lain jabatan seperti Jabatan Bomba &
Penyelamat, Jabatan Pengangkutan Jalan, Rela dan anggota Penguatkuasa
Perbandaran. Masing-masing dengan penugasan dan tanggungjawab tersendiri
tetapi bekerja untuk satu tujuan dibawah satu matlamat menjayakan LTdL
2010.
Cawangan Perhubungan Awam (PRO) Bukit Aman yang terlibat sejak tahun 2004, ditugaskan membuat liputan dalaman untuk Laman Web PDRM dan Buletin Bukit Aman. Sepanjang berlangsungnya perlumbaan, Cawangan Perhubungan Awam PDRM telah di peruntukkan 2 buah kenderaan Proton Pesona oleh penaja. Dua anggota Polis Trafik wanita dari Bukit Aman pula akan mengedarkan sebanyak 2000 cenderamata berupa kalendar PDRM dan juga 'goodies' dari Unit Rakan Cop, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur kepada orang ramai di 52 hentian seluruh negeri yang terlibat sebagai laluan LTdL 2010. Selain itu, hebahan awal laluan kepada pengguna-pengguna jalanraya, temubual dengan pegawai kanan trafik untuk tips dan nasihat pengguna jalanraya dihebahkan melalui siaran radio 'Diari PDRM' di Klasik Nasional yang ke udara setiap hari Sabtu jam 1.45 petang.
Juara Le Tour de Langkawi
2010, Keseluruhan (Jersi Kuning) diungguli oleh pemenang peringkat
keenam, Jose Rujano Guillen dari pasukan ISD-NERI (Itali) dan Kategori
Polka Dot (Jersi Merah) Peter McDonald (Drapac Porshe). Juara Pecut
(Jersi Hijau) Anuar Manan dari Geumsan Ginseng Asia (Korea) dan dia juga
mencatatkan sejarah selaku pelumba Asia dan negara yang pertama
menyarung jersi berkenaan sejak edisi LTdL diperkenalkan pada 1996.
Sebelum
memulakan tugas seawal pagi, semua pegawai dan anggota melakukan
regangan dan menyanyikan lagu 'Negaraku' dan 'Sedia Berkhidmat'...
Konvoi Race Team melalui jambatan Kuala Berang merentasi Sungai Terengganu
Team
Mekanik dan Komunikasi akan membuat pemeriksaan terhadap kenderaan
sebelum dan selepas perlumbaan untuk memastikan semua kenderaan berada
dalam keadaan yang terbaik.
Kpl
Norita bt. Mustapa, Trafik Cops Bukit Aman bersalaman dengan
pelajar-prelajar yang menyambut kedatangan konvoi Cavalcade di Sekolah
Menengah Tun Telanai, Gong Kiat, Terengganu
'Panggil
Nama'...Sjn Roslan bin Zakaria melaporkan kehadiran anggota kepada ASP
Md. Dali bin Wahid, Pegawai Pemerintah Medan di Chukai, Terengganu
sebelum konvoi bergerak ke Kuantan, Pahang.
dari
kanan...Supt. Hamzah bin Ahmad, Head of Department 1 (HOD) bersama Sjn
Mat Jaafar bin Yaacob, Hazard 2 semasa perjalanan dari Kuantan ke
Pekan, Pahang.
Menyusun
motosikal untuk rihat dan makan tengahari di Ibu Pejabat Polis Daerah
Mersing satelah selesai penugasan eskot pelumba-pelumba basikal Le Tour
de Langkawi 2010
Menyejukkan badan...Cuaca memang agak panas di sebelah pantai timur dan selatan

Konvoi
Cavalcade PDRM diketuai oleh ASP Sahimi bin Husin (nombor tiga berdiri
dari kiri) dan dibantu oleh SM Azhar bin Jasmin (kiri sekali)
Konvoi Cavalcade...116 orang termasuk PDRM dan Bomba, 33 buah kenderaan penaja dan 8 buah motosikal PDRM
Konvoi
Cavalcade menyeberangi Jambatan Sultan Ismail merentasi Sungai Muar ke
Port Dickson melalui Sungai Rambai - Umbai - Masjid Tanah - Paya Rumput
- Kuala Sungai Baru - Kuala Linggi - Pasir Panjang.
Kpl Mas Ayu bt. Abdul Rahman mengedarkan stiker Rakan Cop kepada pelajar-pelajar sekolah di Pekan Umbai
Konvoi 'Race Team' selepas perlumbaan hari ke 5 di Dataran Seri Kemang, Port Dickson Negeri Sembilan.
'Panggil Nama' oleh SM Mohd Sohim bin Zailan di Balai Polis Telok Kemang, Port Dickson.
Teratur...susunan
69 buah motosikal ST 1300cc dan VFR 800cc di hadapan Kompleks
Perbadanan Putrajaya sebelum bermulanya perlumbaan dari Putrajaya ke
Genting Highlands sejauh 102.8 kilometer .
Kpl Omar bin Hassan melaporkan kehadiran anggota kepada ASP Sahimi bin Husin di First World, Genting.

Makan tengahari di Dataran Kawad Polis Bantuan, Genting Highlands satelah selesai penugasan eskot pelumba basikal

Berbincang
untuk laluan terakhir di Dataran Merdeka...dari kiri, ASP Saifulizan
bin Sulaiman, Sjn Noor Azmy bin Ariffin, SI Alias bin Mat dan Sjn Abdul
Aziz bin Harun.

'Panggil Nama' sebelum bergerak ke hotel penginapan First World Genting Highlands.
Barisan Penyelia-penyelia...
Unit Udara PDRM...
Hari ke 7...Kuala Kubu Baru ke Dataran Merdeka, sejauh 133.7 kilometer
Konvoi 'Race Team' melewati Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur
Rihat seketika...selesai sudah penugasan untuk Le Tour de Langkawi 2010 dengan cemerlang.
Berkumpul sementara menunggu kedatangan YDH SAC II Dato' Abdul Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan
Doa Selamat...AMIN
Amanat
dan Ucapan Terima Kasih dari YDH SAC II Dato' Abdul Aziz Yusof kepada
semua petugas-petugas yang telah mempamirkan penugasan yang profesional
dan mesra kepada peserta, petugas perlumbaan dan orang ramai.
Jamuan Makan Malam kepada semua petugas-petugas Le Tour de Langkawi 2010.
Antara anggota-anggota yang hadir di Jamuan Makan Malam di Hotel Midah

Kebetulan...Sambutan Hari Lahir untuk Supt. Hamzah bin Ahmad dan Kpl Mas Ayu bt. Abdul Rahman yang jatuh pada 7 Mac 2010

Jemputan istimewa, Raja Pop Jamal Abdillah