Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ipd Brickfields Tambah Lagi Kawasan Hot Spot Untuk Menurunkan Kadar Jenayah Tahun 2011

Diterbitkan: 10 Jun 2014 7.28 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kontinjen Kuala Lumpur telah mensasarkan sebanyak 15 kawasan 'Hot Spot' untuk menurunkan kadar Jenayah Indeks bagi menyahut cabaran kerajaan melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), mengurangk..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ipd-brickfields-tambah-lagi-kawasan-hot-spot-untuk-menurunkan-kadar-jenayah-tahun-2011
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:51 MYT

Brickfields - 18 Januari 2011

Kontinjen Kuala Lumpur telah mensasarkan sebanyak 15 kawasan 'Hot Spot' untuk menurunkan kadar Jenayah Indeks bagi menyahut cabaran kerajaan melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), mengurangkan Jenayah Indeks dan Jenayah Jalanan menjelang akhir tahun 2011.

Sebanyak 29 inisiatif  yang  diperuntukkan di bawah  NKRA pertama iaitu mengurangkan jenayah bagi mewujudkan persekitaran yang selamat tidak lain dan tidak bukan adalah bertujuan untuk membudayakan amalan urus tadbir terbaik atau good governance dalam usaha mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam. Terdapat pelbagai bentuk inisiatif dari perspektif integrasi nasional seperti aktiviti kepolisan masyarakat atau tindakan "merakyatkan" polis, kesepaduan tindakan inter agensi sektor awam, kolaborasi sektor swasta dan polis serta kepuasan pelanggan. 

Justeru itu, Balai Polis Petaling, Brickfields di bawah pimpinan Inspektor Mohd Sail bin Hassan yang baru dinobatkan sebagai juara Balai Legue Table Kategori Balai A bagi Siri 2/2010 dan Siri 3/2010, telah meletakkan Taman Sri Sentosa dan Kuchai Entrepreneurs Park sebagai kawasan 'Hot Spot' yang terbaru, bermula pada 1 Januari 2011.

"Syabas dan tahniah kepada warga Balai Polis Petaling kerana anugerah yang diterima dan bertugaslah dengan bersungguh-sungguh dalam mencapai objektif untuk mewujudkan persekitaran bandar yang selamat kepada masyarakat setempat", ucap YB Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika mengadakan lawatan ke kawasan 'Hot Spot' Sri Sentosa, petang tadi.

Turut hadir ialah YDH DCP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Ketua Polis Kuala Lumpur, Y.Bhg Encik Abdul Aziz bin Mohd Nor, Setiausaha Bahagian NKRA Kementerian Dalam Negeri, YDH SAC Dato' Abdul Samah bin Haji Mat, Ketua Urusetia NKRA PDRM, YDH SAC Dato' Amar Singh s/o Ishar Singh, TImbalan Ketua Polis Kuala Lumpur,  YDH ACP Wan Abdul Bari bin Wan Abdul Khalid, Ketua Polis Daerah Brickfields, Pegawai-pegawai kanan PDRM dan delegasi dari Kementerian Dalam Negeri.

Statistik menunjukkan Balai Polis Petaling telah berjaya menurunkan sebanyak 55% bagi kes Samun Berkawan Tanpa Senjatapi, 47% Samun Tanpa Senjatapi dan juga menurunkan sebanyak 62% kes melibatkan ragut bagi tahun 2010.

Ipd Brickfields Tambah Lagi Kawasan Hot Spot Untuk Menurunkan Kadar Jenayah Tahun 2011
Ketibaan YB Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri di Balai Polis Petaling

Ipd Brickfields Tambah Lagi Kawasan Hot Spot Untuk Menurunkan Kadar Jenayah Tahun 2011
Diperkenalkan kepada anggota-anggota dari  'First Response Team' bermotosikal

Ipd Brickfields Tambah Lagi Kawasan Hot Spot Untuk Menurunkan Kadar Jenayah Tahun 2011
Ucapan oleh YB Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri

Ipd Brickfields Tambah Lagi Kawasan Hot Spot Untuk Menurunkan Kadar Jenayah Tahun 2011
Perbincangan...

Ipd Brickfields Tambah Lagi Kawasan Hot Spot Untuk Menurunkan Kadar Jenayah Tahun 2011
Delegasi dari Kementerian Dalam Negeri.

Ipd Brickfields Tambah Lagi Kawasan Hot Spot Untuk Menurunkan Kadar Jenayah Tahun 2011
Sidang Media...

Ipd Brickfields Tambah Lagi Kawasan Hot Spot Untuk Menurunkan Kadar Jenayah Tahun 2011
YB Datuk Wira Abu Seman ketika mengunjungi salah satu kedai yang berada di kawasan 'Hot Spot'.

Ipd Brickfields Tambah Lagi Kawasan Hot Spot Untuk Menurunkan Kadar Jenayah Tahun 2011
Layanan mesra bersama penduduk.

Ipd Brickfields Tambah Lagi Kawasan Hot Spot Untuk Menurunkan Kadar Jenayah Tahun 2011
Sesi dialog bersama penduduk setempat berkenaan masalah yang dihadapi.

Ipd Brickfields Tambah Lagi Kawasan Hot Spot Untuk Menurunkan Kadar Jenayah Tahun 2011
Sempat meluangkan masa meninjau kawasan-kawasan 'Hot Spot'.


Wartawan    : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Jurufoto      : L/Kpl Edwind Indo
Penyunting  : Insp Haslina bt. Muhamad Nor



ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 7.28 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM