Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dua Pasukan Satu Misi Mepertahankan Keselamatan Negara

Diterbitkan: 10 Jun 2014 7.27 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pengarah Jabatan Pengurusan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Komisioner Polis (CP) Dato' Robiah binti Abdul Ghani berkata, penempatan pelatih konstabel di pusat-pusat latihan Angkatan Tentera Malaysia (A..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-pasukan-satu-misi-mepertahankan-keselamatan-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 20:41 MYT

PORT DICKSON, 18 JANUARI 2011- YDH CP Dato' Robiah binti Abdul Ghani, Pengarah Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata, penempatan pelatih konstabel di pusat-pusat latihan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah berobjektifkan untuk meningkatkan keanggotaan pasukan polis dalam memerangi jenayah, di samping mewujudkan kerjasama bersepadu antara PDRM dan ATM.


Menurutnya lagi, ianya juga bertujuan untuk merealisasikan proses transformasi daripada orang awam kepada budaya kepolisan, sejajar dengan misi latihan iaitu melahirkan tenaga manusia yang berkeupayaan tinggi dan berwibawa bagi memenuhi tuntutan kepolisan moden selaras dengan dasar pembangunan negara ke arah wawasan 2020.


Berucap semasa lawatan kerja di Sesi Pendaftaran Pelatih Konstabel Siri 1/2011 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat Port Dickson (PUSASDA) hari ini, beliau telah menyatakan sasaran PDRM untuk menghasilkan produk keanggotaan polis sehingga 150,000 orang menjelang 2015.


Dalam pada itu, beliau menjelaskan kolaborasi ini adalah titik pemulaan kepada usahasama berterusan PDRM dan ATM dalam mempertahankan keselamatan negara.


Tambahnya lagi, latihan-latihan di pusat-pusat latihan ATM juga berperanan dalam memenuhi prasarana-prasarana latihan asas konstabel yang terhad di negara ini.

 
Selain daripada itu, ianya dapat memupuk kerjasama dan mewujudkan persaingan secara sihat bersama pelatih-pelatih ATM yang turut mengikuti latihan di pusat latihan yang sama.


1,000 PELATIH BAKAL JALANI KURSUS ASAS KONSTABEL DI PUSASDA


Seramai 1,000 pelatih akan menjalani Latihan Asas Konstabel di Pusasda daripada jumlah keseluruhan 6,600 pelatih yang mendaftar di seluruh negara.


Baki 500 pelatih dari jumlah tersebut juga akan ditempatkan di Pusat Latihan Rekrut (PULAREK) KD Sultan Ismail, Tanjung Pengelih, Johor.



Latihan selama enam bulan akan dikendalikan oleh pihak latihan PDRM sendiri itu juga merupakan langkah yang julung-julung kali diadakan disamping membantu penjimatan kos untuk membina pusat latihan baru.
 

Komandan Pusasda, Kolonel Dzulkarnain Ahmad berkata, pelaksanaan ini merupakan insentif yang terbaik dalam meneruskan pelan kerjasama antara ATM dan PDRM pada masa akan datang.



Lawatan kerja CP Dato' Robiah hari ini turut disertai Ketua Polis Negeri Sembilan, YDH DCP Dato' Osman bin Salleh, Komandan Pulapol Kuala Lumpur, YDH SAC Zulkifli bin Mohamed, Komandan Pulapol Port Dickson, YDH Supt. Aris@Arif bin Omar dan pegawai-pegawai kanan.


Dua Pasukan Satu Misi Mepertahankan Keselamatan Negara
Siap sedia mengikuti latihan asas kepolisan bagi pelatih-pelatih Konstabel Siri 1/2011.

Dua Pasukan Satu Misi Mepertahankan Keselamatan Negara
Ujian pemeriksaan fizikal sebelum latihan asas bermula...

Dua Pasukan Satu Misi Mepertahankan Keselamatan Negara
Pelatih-pelatih diberi taklimat mengenai latihan yang bakal dijalani sepanjang tempoh latihan.

Dua Pasukan Satu Misi Mepertahankan Keselamatan Negara
Pemeriksaan air kencing ke atas pelatih-pelatih...

Dua Pasukan Satu Misi Mepertahankan Keselamatan Negara
YDH Dato' Robiah bt Abdul Ghani sempat melawat berek pelatih.

Dua Pasukan Satu Misi Mepertahankan Keselamatan Negara
YDH Dato' Robiah bt Abdul Ghani meluangkan masa melihat menu yang dihidangkan kepada pelatih sepanjang latihan di PUSASDA.

Dua Pasukan Satu Misi Mepertahankan Keselamatan Negara
Ucapan dan amanat kepada pelatih-pelatih yang baru melaporkan diri.

Dua Pasukan Satu Misi Mepertahankan Keselamatan Negara
Di sidang media...menggambarkan jalinan kerjasama yang erat antara PDRM dan ATM.

Dua Pasukan Satu Misi Mepertahankan Keselamatan Negara
Ahli keluarga pelatih yang menunggu di luar dewan...

Dua Pasukan Satu Misi Mepertahankan Keselamatan Negara
Beramah mesra...melayani keluarga-keluarga pelatih yang hadir.


Wartawan    : Konst. Irfan Bujang
Jurufoto      : L/Kpl Muhammad Lokmanul Hakim S.Nor
Penyunting  : Insp Haslina bt. Muhamad Nor

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 7.27 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM